Friday 23 March 2012

ALAMAK SANGKOT !!! ==' SAYA MASIH BELUM PUTUS HARAPAN .SAYA YAKIN.

 okay result SPM kua . shazliyana antara mereka yang bahagia lah . wah depan semua senyuman aja lah yang saya taburkan . gelak ketawa rindukan semua rakan rakan SAMURA. maklumlah , dulu kalau rindu jalan pergi dorm mereka jek . sekarang ? alahai ada yang duduk penang sabah sarawak . jauh lah sangat nak sampai !!
shazliyana batch 28:RISE THE FALLEN . label saya masa sekolah dulu dulu ? nakal+kecoh . kalau saya tak datang sekolah memang cikgu PERASAN punya lah ! pastu saya sangat suka photography , maka saya jadi photographer sekolah . malam malam tengok slide show kat nikon eos 3100 . aduh rindu .

straight A's?! alamak sangkut addmath !! siapa tak terkejut ?! cikgu pon terkejut apalagi saya . dengan rezki ALLAH maka banyak lah bertaburan A+ dan A di slip SPM tapi ujian ALLAH beri bila tiba tiba sangkut satu B+ . addmath kesayangan lah . memang kat sekolah kalau orang nampak saya pegang buku addmath je lah . itu yang rasa nak menangis je depan cikgu tapi mama kat sebelah . kalau nangis depan mama lagi haru nanti .

dear addmath , jangan risau . tak de maknanya saya nak benci awak . awak tuh tetap fav subject okay ! shhh , jangan bagi tahu biology fizik chemistry taw ! nanti mereka jealous . HAHA . saya terkejut juga tengok A+ dengan A dekat mereka . saya harapkan awak addmath . tak pe bukan jodoh kita . nanti saya bertemu awak di universiti lah . tapi masa tuh awak dah tuka nama jadi CALCULUS.

sekarang ini shazliyana hantar kertas addmath dia untuk REMARK . INSYAALLAH kalau memang rezki straight la shazliyana . tidur malam semalam teman dengan air mata . malam ini ? entah siapa tahu . alamak tak de makne nyer nak menangis . sehari tu sudah cukup . sekarang fikir moving foward . sudah sememangnya saya letak backup plan kalau kalau dentistry tak dapat so backup saya CHEMICAL ENGINEERING . menarekkan ?! SANGAT !

minta apa kat mama , ayah aunty semua? alah shazliyana tak perform so segan nak mintak apa apa . tak payah beri apa apa . nanti saya teranggap itu sebagai tanda penghinaan pulak . ya lah . tak sraight tapi dapat macam macam . dah dapat kereta ni pon cukup lah . tak perlu apa apa lagi . TERIMAKASIH SEMUA.

sekarang dah dekat 3JAM ISI BORANG APPLICATION SHOLARSHIP ni. mak oii panjang nye lah borang ni.okay sambung esok isi . siap soh buat karangan segala bagai . ni kalau saya dah buat karangan segala kalau tak terima saya , MEMANGLAH BERGURAU !!! = =' tak guna A+ bahasa Inggeris , otak karat dah tak boleh tulis = ='

tajuk essay dorang nak tuh?  'one best accomplishment you are proud of ' alahai . tajuk dah macam nak berpolitik . okay sekarang saya nak gebang apa ni? best accomplishment?! mana nak cekau idea doe. dulu time sekolah pon saya tak macam sedang bersekolah ! ni lagi dah tak sekolah . memang mampus la weyh . OTAK KARAT OTAK KARAT ! lidah? kalau dah otak KARAT lidah saya korang imagine jek la , cakap BAHASA MELAYU pon berterabur ni imagine BAHASA LAIN!

SAKAI. tengah pikir mana nak cekau idea gebang bila dorng baca terus tak sabar sabar nak amek saya dan bagi scholarship itu . HAHA. doa kan lah saya straight . yup , betul . kalau yang lain sudah putus harapan , saya MASEH BELUM . SAYA YAKIN ADDMATH SAYA OKAY .

p/s: penat berlakon seperti saya tidak kecewa . ALLAH sahaja tahu berkecamuk macam apa hati saya dented into unrecognized shape kot hati nih . kawan-kawan , at least kan , part of my doa tuh ALLAH makbulkan . buktinya? korang semua berjaya lebih hebat dari aku :) TAHNIAHH! sungguh aku bangga !


LOVE,
SHAZLISALETTO

4 comments:

  1. hurmmm...bagos bagos...ny la yang dikatekan pelajar cemerlang! ta pnah kenal erti putus ase...papepown, teruskan usaha yee..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. QUE CHENG ! cool an ? tapi tipu lah tak sedeyh .nak salahkan siapa? kita yang jawab exam uh . HAHA . okay lepas ni dah takde orang nak panggil kau 'meoow meooww' mcm ak selalu buat = =' HAHA

      Delete
  2. uit uit.ko apply scholarship apa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wani , aku usha axiata . cm cool jek . tp untuk kita yang sangkot2 ni dia bagi finance and accounting lah . bussiness pon sama . both scholar dalam dgn lua negara . alah scholar dlm pon syukur doe . tp borang dia PANJANG gila . naseb online , kalau kertas . byk lah dakwat abes = ='

      Delete