Thursday 27 September 2012

Pesanan Ammelia .

 Apabila dirimu menyukai seseorang, mohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka mohonlah dengan sebenar-benar pengharapan. Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa. Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya. — with Afifi Anis 

INDAH SUSUNAN SEMUA .

INGAT , susah macam mana pun , ALLAH takkan sia sia kan usaha hambanya ,
tadi baru je habis test 2 , physics and chemistry. huh , seronok saya menjawab . seronok !

petang tadi lepas Asar je rasa nak keluar tau , so saya tunggu je lah bus sorang sorang nak pergi shah alam seksyen 2 naik U90. tetibe sister sorang ni drpd biro SDK membebel ckp tak payah keluar lah bahaya lah apa lah ~ booo yana. HAHA .

so saya ugut , kalau tak nak saya keluar sorang sorang , teman saya bagi ikan makan dekat tasek FSK 6 tuh. maka sang Rihan dan Amni pun terkocoh kocoh bersiap cepat . saya beli lah roti gardenia kat Is Mart . takkan nak bagi ikan makan roti dah expired . kesian kot ikan ~ ni hasilnya :)
ikan zaman sekarang telan duit je tahu .

lepas tu si Amni entah apa masalah dia , dia termasuk dalam tasek tuh = =' aduhai . dia libas libas air lalu air libasan tasek itu pun ke dalam mulut saya akhirnya merasa payau *ayat berbelit macam prosa klasik kan ? tuh pasal dulu time skola masuk kelas pemulihan bahasa melayu .

Rihan seronok gila bila Amni belanja kami eskrem dekat PSB . pastu sakit gigi sampai pening kepala . baru tahu dia ni gigi sensitive.
Amni(oren) dengan Rihan(biru) <3


TAPI YANG PALING SEDIH HARI NI IALAH :
SORANG ADEK BERADEK SAYA DAPAT TAWARAN KELUAR NEGARA , UK. MENAGIS LAH SEDIH . DEAR AMIR AKASHAH , JANGAN LUPA KAMI DEKAT SINI TAU . INGAT SELALU ''work as a team close as a family''.Amir Biro SDK , Amir takde siapa nak jaga Disiplin kita semua , hah ni lagi lagi TP kau ni , bukan betul sangat :'( 

Amir kata nak doakan saya . *Nangis lagi . SEDIH LAH !! bonding family ni entah la somehow buat saya rasa kuat duduk dekat PALAM ni . Liyana lah kesian , dia call saya nangis2 sebab Amir nak pergi dah . Yana pun SDK jugak. Yana nangis macam ada orang mati . Dear Yana , kita kene lepaskan Amir sebab itu yang terbaik untuk Amir . kita dekat sini cuma mampu doakan Amir .


DEAR Amir ,

ingat tau , apa apa pun , Amir tetap keluarga kami . Hope dapat jumpa Amir sebelum Amir fly :(

SHAZLIYANA
 

Saturday 8 September 2012

SETARAF LANGIT .

OKAY HARI NI BUAT KERJA GILA ! seronok gila . rasa semua masalah hilang ^^

mulamula pukul 3 petang start belajar dengan adek beradek ni yang geliga otaknya , HUZAIFAH ZULBAHRI . zaifa pun ajar lah shazliyana denga faizi pasal HYBRIDISATION (jadah = = ' ) . paham lah jugak daripada zero, nothing ! thank you huzaifah .

lepas tuh jalan-jalan dengan atiq and faizi, huzaifah balik terus sebab ada hal(jumpa awek padahal)
haha. lepas tuh kami nak balik la lepas pusing pusing puncak alam . faizi kata 'jom naik sana' . atiq diam je . saya ''JOMM! '' . SO ATIQ FOLLOW LAH

dah sampai atas jek , faizi macam munyettt , haha . berlari sana sini , risau saya . yelah ! tingkat 17 kot . kalau ke bawah , memang tak rupa manusia ah nanti kau faizi . saya jalan je lah along the way kat atas tuh . atiq kelakar - 'weyh aku gayat , ni gayat' dia memula tengok je la kami , pastu dia letak beg dia , dia bawak kelua DSLR dia , baru dia hilang nerves duduk dekat atas tu :)

<--- ni frame ke berapa pun tak tahu sebab cuak kot kat atas sana dengan angin yang laju gila . tudung terbang terbang bagai . TAPI SERONOK .

                                                            

ni pulak muka atiq sebelum dia sampai level topmost ------- >








<------ ni faizi , konon konon site visiting lah ~ haha . sia sia hari ni dia kene tumbuk sebijik sebab nakal gila = = ' pergi sabotaj shazliyana dengan atiq , ah memang tindakan reflex saya berupa sebijik tumbukan lah di bahu . terdiam kau faizi . HAHA .

Thursday 6 September 2012

JANGAN ULANG LAGI !

OKAY , malam semalam tak tahu kenapa , si Faizi ni ajak skype . ok jom ah :) tapi bukan kami berdua je, ada lagi adek beradek SMA yang lain . ada Ammel dengan ZueraHELLOKITTY haha .



benda kami borak merepek jek ah . macam tak jumpa pulak . padahal hari hari jumpa :)

CONVERSATION TUH DARIPADA PUKUL 12MALAM SAMPAI 4 PAGI .

esoknya saya bangun lambat . just nice lah ada presentation PHY094 ! DAH LAH DEKAT FF4 kot . gila saya berlari secepat mungkin . presentation pada 8.30 pagi . Shazliyana masih di kolej pada 8.20 pagi maka selamat sampai kat Lab 2 pad 8.40 pagi ==' naseb Miss Puteri Safura tolerate tunggu sampai saya sampai :)

dah siap presentation Miss kata , group yang presented Hooke's Law get 2 BONUS MARKS !!! i was like seriously dapat bonus ? dah lama masa tanya questions kami haraaammm tak boleh jawab dengan i was very late dengan pin tudung terbukak depan semua dengan ... (bnyak lagi perkara memalukan) . yang penting korang AWESOME ah CLASSMATES ! GROUP PRESENTATION ------->Nadia Dila Syera , Farhanah dan Eizyan serta Ami .

tadi teman Faizi dengan Ammel bukak puasa ^^ ZUERAHELLOKITTY pun ada :)  tanya Ammel , ''kau tidur kol berapa semalam ? '' . zeuraHELLOKITTY kata ''Ammel tidur kol 6 pagi kot !'' GILA ! lepas tuh Ammel dengan Faizi pergi la solat Maghrib . ya ampun , Faizi solat sunat bagai agaknya - LAMA GILA ! mengalahkan Ammel yang bertudung uh .

DAN saya masih sakit .

Wednesday 5 September 2012

Sekeretariat Mahasiswa Asasi (SMA 02) Puncak Alam

kami ^^ SMA 02
maka arakian ini semua terjadi pada sem 1 asasi 2012 .

okay , tahu tak tergerak nak masuk SMA ni masa 1batch kene kumpul dekat RSU(ruangsolatutama). memula dia kata ''siapa nak masuk Sekretariat Mahasiswa Asasi sila ambil borang pada abang yang berdiri di tepi sana tu '', kata pengacara majlis. MEMANG first first dengar buat hirau tak hirau je lah . buat dont know jek . yelah , dah lah kumpul reramai , tak paham pulak sbb apa kene kumpul kumpul ni kan . HAHA

tiba tiba je detik bahagia muncul bila pengacara majlis sebut nama group yang dibenarkan keluar majlis kumpul kumpul ni ^^ ''B1'',maseh segar kedengaran suara MC tu *bohong bohong . haha
sedang nak keluar tuh , barisan group saya bebetul sebelah abang tuh , saya pun hulur tangan ambil borang. NIAT DI HATI CUMA NAK TAHU APA LAH SMA tuh ... samapi bilik R2204 baca *ternganga . LAH NI BORANG PENDAFTARAN MASOKKK SMA RUPANYA ! .

MAKA BORANG BIRU yang perlu di isi oleh calon yang berminat terbengkalai di atas meja . weyh siap google kot nak tahu pasal SMA bagai ni. habes je kelas , maka panjat lah tangga 'kejayaan' itu pulang ke kolej . sampai je atas . bukak tudung baru ni - mesej masuk ''terimakasih kerana menghantar borang temuduga,sila ke bilik mpp tingkat 4 di PSB.temuduga akan dijalankan pada pkul 4 hingga 6 petang''

masa tu silap ingat tarikh,so ignore je msg, ingatkan temuduga tu esok.roomate balik je,saya pun cerita pasal msg tuh.pastu dia bebel ''ABESTU KAU DAH PERGI INTERVIEW BELUM NI ?'' dengan BANGGA saya menjawab, ''lah kan besok .. esok je lah aku pergi''. ''WEYH KAU BACA BALIK MSG NI , TGK TARIKH DIA ! HARI NI WEY HARI NI ! ''. dan ketika saya sedar , waktu menunjukkan pkol 5.30 = ='

memang BERLARI lah turun tangga ! *okay yg ni tak tipu .

masuk je bilik gerakan MPP , kene interview . ade 3 orang abang dengan seorang kakak . AMBOI SERONOK BETUL MEREKA TANYA SOALAN . belum habes jawab yang lain pulak tanya . HAHA. bayangkan dah macam makhamah doe . ketika itu berkumandang suara hati ''HELL, KAU BUAT APA KAT SINI SHAZ ?! ADUH ADUH !'' hahaha *serius doe, rasa bengang pun ada . marah la banyak dipendam ketika itu .HAHA. bila pikir balik sekarang , rasa kelakar pun ada .

reaction masa dalam sesi interview tuh asyek benar kene hentaman yanng ''SERONOK'' .HAHA.antara soalan yang ditanya :

1. kenapa nak masuk SMA ?
2.kalau dapat SMA nak jawatan apa?
3.kenapa tak nak jadi president ?
4.kalau ada urusan SMA , sanggup ke tinggalkan kelas?
5.beri kata kata akhir yang meyakinkan kami untuk menerima anda.

JAWAPAN SHAZLIYANA:
1.nak cuba , nak tahu SMA tu apa. nak softskills .
2.selalu masa sekolah orang beri jawatan naib pengerusi, timbalan. tapi saya nak BENDAHARI/SETIAUSAHA.
3.saya tak boleh buat keputusan tanpa perbincangan, lelaki lebih sesuai.
4.tak , saya akan stay dalam kelas. PELAJARAN LEBIH UTAMA.
5.okay , ni saya merepek jek . tak tahu nak kata apa dah , cuma saya beri prinsip saya . ''SUSAH MACAM MANA PUN , MESTI ADA JALAN PENYELESAIAN''

selesai semua . election pun dibuat masa 1ST MEETING SMA . election untuk Majlis Tertinggi SMA .
Kak Musaadah (MPP) suruh tulis nama dan 2jawatan yang diingini dalam kertas. saya tulis lah Bendahari dengan Timbalan President II . ala ala pilihan raya kecil berlaku dalam bilik gerakan MPP . maka semua calon pun berkata kata*lupa lah ayat yang sama maksud dgn berucap atau berkata masa pemilihan = ='

''don't tell me the sky's the limit when there's already footprints on the moon ''- hujah saya ketika pemilihan .

dah habes undian kiraan bagai , diumumkanlah keputusan.


PRESIDENT : MUHAMMAD RAFIQ
TIMBALAN PRESIDENT I : ADIB ZIKRI
TIMBALAN PRESIDENT II : SHAZLIYANA
SETIAUSAHA : NORSUHAILA
BENDAHARI : JULAINA

ahli ahli SMA lain di masukkan ke dalam BIRO masing-masing mengikut cara kepimpinan dan peribadi mereka.SEMUA AHLI SANGAT BERHARGA ^^ ini carta organisasi KAMI .
  *HENSEM HENSEM LAWA LAWA BELAKA ^^


SMA O2