Thursday 24 May 2012

Seriously, rasa FRISKIES macam ni ?! PUIH .

 ini memang gila . hari hari saya bagi Sang Hitam makan tau . la tak susah pun jaga kucing really . just pour over some cat food and watch him eat all clean up . Sang Hitam ini boleh tahan mengada dia . masa dia tengah makan , shazliyana kena tunggu dia . so duduk la sebelah dia kat lantai dapur tuh sampai dia selesai memakan segalanya .

masa dia makan makanan kucing berperisa 'seafood' muka dia ambooii beriya makan macam sedap sangatlah Friskies tuh . alang -alang time tuh pulak saya macam rasa lapar (bukan macam , MEMANG) . so korang dah boleh figure out la kan what the heck yang saya buat ?


ye tahniah tahniah , BETUL TEKAAN KORANG !

shazliyana makan sekali dengan sang hitam .

sampai sekarang saya menyesal gila makan makanan kucing tuh . PUIIHH !!! PUIIHHH !

tak sangka pulak tastebuds saya ni active gila. letak je cat food tu kat lidah terus.SERIAU.mak oii terus berlari dekat sink pergi basuh lidah . = ='

kuat betul rasa friskies ni , saya minum air pun still boleh rasa . last solution ,

AMEK DISHWASHER SAPU DALAM MULUT .

memang tiada lagi manusia gila dalam dunia macam saya
dan serius saya rasa bodoh gila .dan marah gila.dishwasher lagi teruk rasa dia =='

lari lari bukak peti ais amek MADU LEBAH . settle masalah .

LOVE,
SHAZLIYANA

Tuesday 22 May 2012

NAKAL ''SIKIT'' ITU BIASALAH KAN ?

ini terkenang kenangan masa sekolah dekat SAMURA (Science Muar Royal Academic) semua gara gara dekat twitter ada trending #schoolmemories.

mari mari usya ''kegiatan'' saya . shazliyana memang nakal sikit . belajar tu memang lah kene tapi dalam proses pembelajaran itu macam macam cerita lah yang berlaku. so duduk dengan selesa,pergi amek popcorn -movie dah nak start .

1. malas pergi kelas . rendam tuala dalam air panas .tuam atas dahi. ketuk bilik warden .''cikgu,saya demam''

2. setiap kali balik asrama . cikgu sejarah buat announcement dalam kelas , ''shazliyana,saya tahu pukul  3petang nanti awak dah serahkan handphone awak atas meja saya.'' dalam kelas saya ada jawatankuasa tertinggi pengawas . 'BAHAGIA' kan ?

3. Bosan ceramah maghrib dekat surau . dengan bertelekung ,ajak member perempuan lepak (STUDY SPM) kelas. tutup lampu .sembunyik bawah meja . tunggu geng lelaki datang . kami bertelekung ni jerit kuat kuat. lelaki semua berterabur lari siap jerit ''MMAAAAKKKKK!!! '' *oh ingat pun kat mak korang . HAHA

4.lapar punya pasal , tipu abang dewan makan ,''eh nak satu lagi pinggan ,saya amek untuk kawan saya''
memang benarlah. kawan imaginasi.

5. sebab taknak kene lari punya pasal time hari sukan volunteer jadi skuad kecemasan

6. HOMESICK GILA . amek gam cair , letak kat tapak tangan kiri kanan, tunggu kering . kupas . nampak macam kulit berpenyakit .jumpa HEM cakap ''saya ada masalah allergic.kene balik jumpa family doctor '' . selamat pulang rumah .

7.tengah belajar biology. kantoi charger phone bawah meja . cikgu tanya apabenda tuh . saya jawab 'charger camera cikgu' biasa guna alasan ni lepas sebab saya photographer sekolah SEKALI dekat charger tuh ada tampal logo 'CSL' .  mati kena rampas .

8. buat baik dengan juniors so nanti boleh mintak ''tolong'' amekkan air panas ,gosok tudung sekolah dah lain-lain perkara yang bermanfaat .

9. masa berdiri nyanyi lagu negaraku , shazliyana berdiri berdengkur * abes dah penat belajar .

10. buat signal gaya ala-ala militari masa exam sebab merayu kongsi jawapan . satu kelas terlibat dengan skandal ini . bila result keluar , aku fail jugak = ='  hahaha

 11. masa rehat , bentang suratkhabar banyak banyak belakang locker buku . TIDUR . sedar sedar cikgu tengah mengajar .

memang seronok . eh ada lagi adegan adegan yang malu hendak diceritakan .

mandi dekat dobi . HAHAHA . gila .

okay serius kena berhenti di sini . yang lain extreme sangat . malu malu ^^


LOVE,
SHAZLISALETTO

Sunday 20 May 2012

BUNGA SYURGA .

 terdetak hati kan bila buka dan baca entri ni ''BUNGA SYURGA''

dah kenapa pula shazliyana ini berkata kata tentang SYURGA .

wahai gadis ,setiap kamu ada sekuntum bunga di syurga . bagaimana bentuk jenis bunganya?

WALLAHUALAM ,saya tidak tahu . hanya ALLAH tuhan yang satu mengetahui segala galanya.

this is the dreaded part of all,

untuk setiap lelaki yang si gadis puja
maka untuk setiap itulah gugur kelopak
bunga di syurga .

ya saya faham, remaja dan cinta itu sama ajalah dengan air dan ombak .langsung tidak dapat dipisahkan.semua mengharap hubungan yang terjalin mahu terus sampai jadi pengantin cun dan hensem tapi ada je yang buat seronok seronok . cari pengalaman katanya . HAHAH . eh saya lain ,saya ni bukan buat seronok seronok cuma jodoh je tak panjang! HAHA. tak tak !



saya tak mengorat anak teruna orang pun .saya baik. okay tidak mahu buka pekung kat dada sendiri . MALU :)

tapi itulah .satu soalan , bagaimana agaknya bunga syurga kita sekarang?
biarlah nanti lelaki yang kita puja itu cuma sang suami yang sah .
ah kan sweetmuit macamtuh.romantik wooo ! aww aww :')

ADAM LEVINE . tak nak puja awak lagi . puiiihh! *please adam levine , JANGAN BACA BLOG INI .    haha SI GILA ini .

p/s: agak nya bunga syurga saya cuma tinggal daun aje :'( sob sob takpe takpe .sedang berusaha agar daun itu tidak gugur macam kelopak bunga yang lain.

LOVE,
SHAZLIYANA

Thursday 17 May 2012

ADEGAN KEK HANGUS 18GX



 okay , nak sambut birthday si manager tua . cadangan pada mulanya nak beli saja kek tapi baki imeten kurang menarik pulak jumlah nya . so kami bertiga ni masing masing beli barang nak buat kek . basically , kire kek HOMEMADE lah .

okay . melampau lah kalau buat sendiri tuh . SAYA BELI MIXTURE KEK YANG DAH SIAP JE PUN . kek marble tambah kan aje telur dengan air . ")

masa buat kek tuh ya ampun kecoh macam rewang kenduri orang kahwin . wardah tak tahu apa kena penyakit dia dari mula saya letak tepung sampai kek tu selamat dikebumikan dalam ketuhar , dia gelak gelak je .

dah siap ini berkobar kobar lah tangkap gambar hasil adunan kek kami tuh . okay kira dah boleh berlagak jadi chef pastri lah semua ni . sekali lepas sejam dalam tempat api tuh.


TADDDDAAAA !  :'(

SEDIH KAN ? RETAK MACAM MUKA SAYA , AISHAH DAN WARDAH .


ah sedap tak sedap belakang cerita . kami bungkus bungkus lepas tu hantar dekat sir raja tuh .

ingatkan dia nak terharu ke nangis ke depan saya . dia boleh gelak macam kuntilanak = ='

siap cakap ''HITAM !'' eh kek tuh COKLAT okay .

ini pengakhiran angan angan nak bukak bakery shop . titik noktah .


LOVE
SHAZLIYANA

Sunday 13 May 2012

MATA KUNCI JIWA .

 ''apabila mata bertentang . jiwa tidak tenang . mahu sahaja diluahkan segala . tapi ini bukan perkara penting saat ini. simpan rasa ini sampai bila bila kerana sungguh hati ini menunggu ''


*menyentuh jiwa tahap dewa kan ayat kat atas ni ? wuiiisssshhh lembut sungguh lah hati orang yang tulis ni . cuma masalah nya , mana lah dia pergi belajar cara cara lembutkan hati segala . bagi seorang wanita , air mata itu aset . ah saya tak tahu mana saya hilang aset saya tuh = =' memang saya jarang nangis untuk manusia . selalunya saya benci manusia yang buat saya nangis sebab dia berjaya sakitkan saya either mentally or emotionally *ibu bapa terkecuali sayang mereka sampai jannah .

kalau saya tengok kawan kawan perempuan menangis sebab kesusahan atau tension , saya rasa dia pathetic sangat . kalau dia menangis . apa semua perkara yang susah itu boleh settle ? confirm la tak . kan ?! okay mungkin kasar . tapi sungguh , kalau menangis then you at least try finding a way of settling your problems , that's fine with me . yang menangis macam meratap ratap tension segala bagai ni siap putus asa putus harapan yang saya rasa macam nak hempuk .siapa kita nak putus harapan , nak putus asa? Nabi Nuh tuh BERDAKWAH sampai 900 tahun lamanya . Ada Baginda putus asa?  TIPU KALAU SAYA TAK MENANGIS MASA BELAJAR . SIAP SAYA BALING LAGI BUKU SUBJEK YANG SAYA TAK FAHAM TUH . sungguh saya menyesal , ketika itu saya jahil . tapi girls , you need to find a way to just snap out of it . SERIOUSLY .

to girls out there (terutama korang girlfriends saya cintai gila ni ) tak kira lah futher studies mana sekali pun sama ada Form 6 , Matrikulasi or Asasi , kita kene double effort kita sebab things are gonna get lil' harder . dont worry just a 'lil harder than we used to endure .

ya mesti masing masing excited , betul ? Asasi Sains UiTM ini adalah platform saya untuk betulkan semua yang saya silap dulu . ini platform saya untuk berjaya .

saya dah nasihatkan diri sendiri supaya jangan terjerumus kepada semua perkara yang boleh lead me astray daripada goal dan aim saya .

soal cinta dan perasaan adalah perkara biasa bagi remaja yang baru nak kenal dunia ini (sama lah saya pun) . tapi ini lah yang akan hancurkan most of us , the teen . berkali kali saya bisikkan kata kata ini pada diri sendiri . 'jangan shazliyana . jangan''  

kali ini saya akan berusaha lebih keras focus kan jiwa dan minda untuk ilmu ALLAH . tentang jodoh ya girlfriends ,kita tak perlu risau . nanti tulang rusuk kita cari kita  ^^ biar mereka yang cari kita tau . if its the other way 'round -tak seronoklah ^^  . sudah ada orang yang pegang hati saya , tapi saya tak nak dia tahu . saya tak nak sesiapa tahu . biar rahsia saya ini dengan Tuhan Yang Satu .

cuma mungkin kalian tak faham apa yang saya tulis hari ini . nanti apabila tiba waktunya kalian akan rasa , alami sendiri . buat decision baik baik . ALLAH BERI DUGAAN SESUAI DENGAN KEMAMPUAN HAMBANYA . maka segala puji pujian hanya untuk ALLAH , Tuhan Yang Satu .


LOVE,
NANA LISA

Tuesday 8 May 2012

KEKELIRUAN MINDA BERCELARU JADI HARU SUNGGUH AKU KELIRU.

 Alhamdulillah subhanAllah . sungguh janji Allah itu benar . ''Inaa Ka Anta Samiu'd Doa '' sama ertinya dengan ''Sesungguhnya Engkau Pendengar Doa'' .

saya berdoa mohon tolong tunjukkan saya jalan yang mudah untuk saya belajar agar nanti terbalas jasa parents saya . pencapaian parents saya semasa mereka belajar dulu sungguh lah hebat berbanding saya .

Mama - first degree dekat University Of Toledo, USA (full scholarship)
Ayah - first degree dekat University Of *alamak tak ingat nama University tuh lah tapi mama dengan ayah belajar tak jauh (tajaan MARA) lepas balik Malaysia mereka kahwin .

(ceyh parents pesan kat saya belajar bebetul tapi mereka bercinta time belajar. eh TAK ADIL NI ! HAHA )

so sekarang mohon maaflah dear parents coz im not as bright as you guys. believe me i had fought hard , yes i swear i did. you knew i did . SPM saya cuma melayakkan saya for local universities only. sungguh , Ya ALLAH . ini lebih dari cukup .

cuma sekarang saya tiba dekat persimpangan hidup . ada dua cabang . satu ,ASASI SAINS UiTM
dua, Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)

mama kata matriks , seorang lagi kata UiTM . adeh kalau boleh kerat badan jadi dua dah saya suruh sebelah pergi matriks sebelah pergi UiTM .(okay merepek lagi )

Mama: ingat aim kita dentistry . itu aim kita.

Ayah: apa apa pun boleh.

Saya (monolog dalam hati ) : sungguh dentist itu yang aku fight for selama ini . tapi maybe bukan aku ni maybe nanti lah . aku nampak peluang cerah dekat chemical engineering ni . sungguh . just greate, sekarang aku ada 2 reasons untuk aku fight habis study ni . dentist . chemical engineer .

pada pandangan saya , dekat matriks nanti saingan saya tidak begitu sengit sebab bukan semua orang straight A's . 2A pun dah boleh masuk matriks . saya akan belajar dalam susana yang relax sempoi saja .

asasi pula, cuma 8A ke atas yang dapat . kawan saya perempuan , dia dapat 7A .dia tak dapat langsung Universiti mana mana . yang lelaki bernasib baik dapat . uissssshhhhh !!! orang sekarang mak oii pandai pandai . ASASI AKAN MENDERA JIWA RAGA saya . semua dekat asasi otak macam apa la eweyh just kalau nak compare dengan saya . SUNGGUH SAYA GENTAR DENGAN SAINGAN YANG I HAVE  TO FACE nanti . TAPI , sampai bila saya harus berfikiran macam ini ? sapai BILA HARUS TAKUT ?

saya doa minta tolong ALLAH Tuhan Yang Satu ,
bantuan ALLAH itu kadang kala datang pada gerak hati manusia itu sendiri .


maka dengan lafaz ''Bismillahirahmannirrahim''


saya pilih UiTM .





LOVE,
SHAZLIYANA

Friday 4 May 2012

TAUGEH TERBARING TAUGEH TERBALIK

 alah .  susah macam ini . susah ! tengok ni . siapa boleh tolong bacakan ? translate kan ? ini serius ni . saya memang tak ingat . bukanlah lupa semua . tapi tak complete lah macam ini .saya berharap dan dalam proses translate kan semua notes yang rupa macam taugeh ni kepada huruf yang lebih mudah di baca seperti A B C D E F G .

sekarang score sheet ni memang betul betul macam ***t haha. alahai . ah ni korang tengok lah rupa taugeh taugeh atas baris baris ni .



lepas habis SPM saya tinggal semua ini . terus BLANK! eh apa lah .sekarang struggle balik cari semua meaning taugeh taugeh ini , pfffttt ! untunglah menganggur sekarang so ada banyak masa .


LOVE,
NANALISA