Wednesday 5 September 2012

Sekeretariat Mahasiswa Asasi (SMA 02) Puncak Alam

kami ^^ SMA 02
maka arakian ini semua terjadi pada sem 1 asasi 2012 .

okay , tahu tak tergerak nak masuk SMA ni masa 1batch kene kumpul dekat RSU(ruangsolatutama). memula dia kata ''siapa nak masuk Sekretariat Mahasiswa Asasi sila ambil borang pada abang yang berdiri di tepi sana tu '', kata pengacara majlis. MEMANG first first dengar buat hirau tak hirau je lah . buat dont know jek . yelah , dah lah kumpul reramai , tak paham pulak sbb apa kene kumpul kumpul ni kan . HAHA

tiba tiba je detik bahagia muncul bila pengacara majlis sebut nama group yang dibenarkan keluar majlis kumpul kumpul ni ^^ ''B1'',maseh segar kedengaran suara MC tu *bohong bohong . haha
sedang nak keluar tuh , barisan group saya bebetul sebelah abang tuh , saya pun hulur tangan ambil borang. NIAT DI HATI CUMA NAK TAHU APA LAH SMA tuh ... samapi bilik R2204 baca *ternganga . LAH NI BORANG PENDAFTARAN MASOKKK SMA RUPANYA ! .

MAKA BORANG BIRU yang perlu di isi oleh calon yang berminat terbengkalai di atas meja . weyh siap google kot nak tahu pasal SMA bagai ni. habes je kelas , maka panjat lah tangga 'kejayaan' itu pulang ke kolej . sampai je atas . bukak tudung baru ni - mesej masuk ''terimakasih kerana menghantar borang temuduga,sila ke bilik mpp tingkat 4 di PSB.temuduga akan dijalankan pada pkul 4 hingga 6 petang''

masa tu silap ingat tarikh,so ignore je msg, ingatkan temuduga tu esok.roomate balik je,saya pun cerita pasal msg tuh.pastu dia bebel ''ABESTU KAU DAH PERGI INTERVIEW BELUM NI ?'' dengan BANGGA saya menjawab, ''lah kan besok .. esok je lah aku pergi''. ''WEYH KAU BACA BALIK MSG NI , TGK TARIKH DIA ! HARI NI WEY HARI NI ! ''. dan ketika saya sedar , waktu menunjukkan pkol 5.30 = ='

memang BERLARI lah turun tangga ! *okay yg ni tak tipu .

masuk je bilik gerakan MPP , kene interview . ade 3 orang abang dengan seorang kakak . AMBOI SERONOK BETUL MEREKA TANYA SOALAN . belum habes jawab yang lain pulak tanya . HAHA. bayangkan dah macam makhamah doe . ketika itu berkumandang suara hati ''HELL, KAU BUAT APA KAT SINI SHAZ ?! ADUH ADUH !'' hahaha *serius doe, rasa bengang pun ada . marah la banyak dipendam ketika itu .HAHA. bila pikir balik sekarang , rasa kelakar pun ada .

reaction masa dalam sesi interview tuh asyek benar kene hentaman yanng ''SERONOK'' .HAHA.antara soalan yang ditanya :

1. kenapa nak masuk SMA ?
2.kalau dapat SMA nak jawatan apa?
3.kenapa tak nak jadi president ?
4.kalau ada urusan SMA , sanggup ke tinggalkan kelas?
5.beri kata kata akhir yang meyakinkan kami untuk menerima anda.

JAWAPAN SHAZLIYANA:
1.nak cuba , nak tahu SMA tu apa. nak softskills .
2.selalu masa sekolah orang beri jawatan naib pengerusi, timbalan. tapi saya nak BENDAHARI/SETIAUSAHA.
3.saya tak boleh buat keputusan tanpa perbincangan, lelaki lebih sesuai.
4.tak , saya akan stay dalam kelas. PELAJARAN LEBIH UTAMA.
5.okay , ni saya merepek jek . tak tahu nak kata apa dah , cuma saya beri prinsip saya . ''SUSAH MACAM MANA PUN , MESTI ADA JALAN PENYELESAIAN''

selesai semua . election pun dibuat masa 1ST MEETING SMA . election untuk Majlis Tertinggi SMA .
Kak Musaadah (MPP) suruh tulis nama dan 2jawatan yang diingini dalam kertas. saya tulis lah Bendahari dengan Timbalan President II . ala ala pilihan raya kecil berlaku dalam bilik gerakan MPP . maka semua calon pun berkata kata*lupa lah ayat yang sama maksud dgn berucap atau berkata masa pemilihan = ='

''don't tell me the sky's the limit when there's already footprints on the moon ''- hujah saya ketika pemilihan .

dah habes undian kiraan bagai , diumumkanlah keputusan.


PRESIDENT : MUHAMMAD RAFIQ
TIMBALAN PRESIDENT I : ADIB ZIKRI
TIMBALAN PRESIDENT II : SHAZLIYANA
SETIAUSAHA : NORSUHAILA
BENDAHARI : JULAINA

ahli ahli SMA lain di masukkan ke dalam BIRO masing-masing mengikut cara kepimpinan dan peribadi mereka.SEMUA AHLI SANGAT BERHARGA ^^ ini carta organisasi KAMI .
  *HENSEM HENSEM LAWA LAWA BELAKA ^^


SMA O2



No comments:

Post a Comment