Wednesday 28 March 2012

LESEN 'P' KENE TAREK BALIK =='

 memang lah rasa nak bunuh semua orang yang berkerja sebagai tukang check parking . tak pepaham lagi keh saya ni pemegang LESEN 'P' okay . P tuh PERCUBAAN ! beragak lah weyh . lupa kot nak letak coupon time parking . alah standard r an . yang anda berlagak hebat nak keluarkan SAMAN segala tuh kenapa?! dah cakap TAK SENGAJA kan .

Cerita nya begini , shazliyana dan noor aishah keluar makan . 'nak makan mana ni ?' sang aishah bertanya . si lisaletto jawab 'ah Domino's jek ah '

so anak anak dara yang TERLALU sibuk tak sempat nak masak makan lah di sana . lepas makan jek keluar lah . biasalah shazliyana sibuk bercerita tiba tiba terdiam . worse ! shazliyana terus berlari tinggal aishah . ''CEPAT CHAH ! AISHAH LARI !!! ''

yang aishah bengong pergi lari kat kereta lain . weyh sayang ku sayang . bentuk kereta kan lain kok ye pon warna sama hitam . pelik jugak lah shazliyana tengok aishah pergi bukak kereta orang lain ==' pfffttt , dalam hati cuma mampu 'SUBHANALLAH KAU DAH KENAPA?!!!''

saya pemandu naza picanto hitam (okay officially mama bagik kepada saya . PEACE ! ) yang hampir serupa dengan model chevrolet avio hitam . si aishah ni siap nak bukak pintu kereta orang lain . ==' aduhai ,

kenapa kami berlari SEGALA? KENAPA? shazliyana lupa letak coupon parking = = ' . alah ! BUKAN SENGAJA pon . dah terlupa . what do you expect ? saya 'P' kot ! beragak la weyh . selang 3 bijik kereta from mine ada officer issuing SAMAN ! ah menarek lah .

ORANG ADA 'P' KALAU KENA SAMAN MEMANG KPP BALIK AH ! AH TIADA MAKNA NAK ULANG SEMUA BALIK . so lebih baik lah saya berlari penat kejap an ?! haha masuk gear REVERSE , then gear 'D' ------> BBBRRROOOOOOMMMMM (serious memang bunyi sebab pecut nak lari punya pasal )

SUDAH LAMA TAK BERLARI BEGITU LAJU .

LOVE,
SHAZLIYANA

Friday 23 March 2012

ALAMAK SANGKOT !!! ==' SAYA MASIH BELUM PUTUS HARAPAN .SAYA YAKIN.

 okay result SPM kua . shazliyana antara mereka yang bahagia lah . wah depan semua senyuman aja lah yang saya taburkan . gelak ketawa rindukan semua rakan rakan SAMURA. maklumlah , dulu kalau rindu jalan pergi dorm mereka jek . sekarang ? alahai ada yang duduk penang sabah sarawak . jauh lah sangat nak sampai !!
shazliyana batch 28:RISE THE FALLEN . label saya masa sekolah dulu dulu ? nakal+kecoh . kalau saya tak datang sekolah memang cikgu PERASAN punya lah ! pastu saya sangat suka photography , maka saya jadi photographer sekolah . malam malam tengok slide show kat nikon eos 3100 . aduh rindu .

straight A's?! alamak sangkut addmath !! siapa tak terkejut ?! cikgu pon terkejut apalagi saya . dengan rezki ALLAH maka banyak lah bertaburan A+ dan A di slip SPM tapi ujian ALLAH beri bila tiba tiba sangkut satu B+ . addmath kesayangan lah . memang kat sekolah kalau orang nampak saya pegang buku addmath je lah . itu yang rasa nak menangis je depan cikgu tapi mama kat sebelah . kalau nangis depan mama lagi haru nanti .

dear addmath , jangan risau . tak de maknanya saya nak benci awak . awak tuh tetap fav subject okay ! shhh , jangan bagi tahu biology fizik chemistry taw ! nanti mereka jealous . HAHA . saya terkejut juga tengok A+ dengan A dekat mereka . saya harapkan awak addmath . tak pe bukan jodoh kita . nanti saya bertemu awak di universiti lah . tapi masa tuh awak dah tuka nama jadi CALCULUS.

sekarang ini shazliyana hantar kertas addmath dia untuk REMARK . INSYAALLAH kalau memang rezki straight la shazliyana . tidur malam semalam teman dengan air mata . malam ini ? entah siapa tahu . alamak tak de makne nyer nak menangis . sehari tu sudah cukup . sekarang fikir moving foward . sudah sememangnya saya letak backup plan kalau kalau dentistry tak dapat so backup saya CHEMICAL ENGINEERING . menarekkan ?! SANGAT !

minta apa kat mama , ayah aunty semua? alah shazliyana tak perform so segan nak mintak apa apa . tak payah beri apa apa . nanti saya teranggap itu sebagai tanda penghinaan pulak . ya lah . tak sraight tapi dapat macam macam . dah dapat kereta ni pon cukup lah . tak perlu apa apa lagi . TERIMAKASIH SEMUA.

sekarang dah dekat 3JAM ISI BORANG APPLICATION SHOLARSHIP ni. mak oii panjang nye lah borang ni.okay sambung esok isi . siap soh buat karangan segala bagai . ni kalau saya dah buat karangan segala kalau tak terima saya , MEMANGLAH BERGURAU !!! = =' tak guna A+ bahasa Inggeris , otak karat dah tak boleh tulis = ='

tajuk essay dorang nak tuh?  'one best accomplishment you are proud of ' alahai . tajuk dah macam nak berpolitik . okay sekarang saya nak gebang apa ni? best accomplishment?! mana nak cekau idea doe. dulu time sekolah pon saya tak macam sedang bersekolah ! ni lagi dah tak sekolah . memang mampus la weyh . OTAK KARAT OTAK KARAT ! lidah? kalau dah otak KARAT lidah saya korang imagine jek la , cakap BAHASA MELAYU pon berterabur ni imagine BAHASA LAIN!

SAKAI. tengah pikir mana nak cekau idea gebang bila dorng baca terus tak sabar sabar nak amek saya dan bagi scholarship itu . HAHA. doa kan lah saya straight . yup , betul . kalau yang lain sudah putus harapan , saya MASEH BELUM . SAYA YAKIN ADDMATH SAYA OKAY .

p/s: penat berlakon seperti saya tidak kecewa . ALLAH sahaja tahu berkecamuk macam apa hati saya dented into unrecognized shape kot hati nih . kawan-kawan , at least kan , part of my doa tuh ALLAH makbulkan . buktinya? korang semua berjaya lebih hebat dari aku :) TAHNIAHH! sungguh aku bangga !


LOVE,
SHAZLISALETTO

Monday 19 March 2012

SOMEONE LIKE YOU .

    assalamualaikum . lama jugalah tak update blog ini . busy kene CLOSING seminggu . balik tak sempat online , tidur then sedar sedar sudah pagi , harus bekerja semula .

sekarang ni setiap kali naik kereta for sure la lagu adele-someone like you tengah on air. nostalgia betul lah lagu ini . dulu dulu kala bila tension belajar i would leave all my chores and went to the main hall regardless when the time was . ye lah duduk dalam asrama , terkurung . nak fly ? malas lah nak buat hal . cukup cukup lah masalah . HAHA . once , i went to the main hall alone at 10pm just to get this whole BURDEN OUT FROM ME . setiap kali jari ini sentuh keyboard piano - rasa tenang lega . biarlah walau cuma ada saya sendirian . itu lebih baik .

kenapa dengan lagu ADELE-SOMEONE LIKE YOU  tuh ? dia ajak saya pergi main hall satu petang time riadah ni . dia suruh saya ajar dia main piano . saya macam ??? . saya nak ajar orang ? c'mone lah bergurau ke apa . saya main suka suka je. saya paksa dia tunjuk skill dia . WAHHH HEBAT ! AWAK LAGI HEBAT RUPANYA . AZYAN SYAHIRA AZMI , kenapalah pura pura seperti saya yang tahu semua . petang tu merupakan last day we were together -as in school for that year .

jari jemari dia yang halus mula lah menari nari mencari key dan notes yang sesuai . lagu ini untuk shazliyana . simply , SOMEONE LIKE YOU . dia suruh saya menyanyi (HOBI tuh . apalagi nyanyi je lah ^^) selalunya saya main lagu IT ENDS TONIGHT-all american rejects & IF I DIE YOUNG-the band perry punya lagu . nyanyi la jugak (of coz lah , kate HOBI ) tapi bila ada membe lelaki , tak de lah saya nyanyi , simply ,SUARA AURAT.

USTAZ RIFQI , pernah cakap . andai salah seorang kami ini jual suara jadi penyanyi maka beliau HARAMKAN segala ilmu yang pernah dia ajar . TERSENTAK juga saya ketika itu . sedangkan saya planning nak cuba cuba jadi keyboardist . Erene -lead singer ,suara sedap ^^ Joshua-lead guitar kami .Shaz-2nd voice. maka terbubarlah segala impian kami nak buat band ala ala PARAMORE .

azyan syahira azmi ni pulak GILA kan paramore . memandangkan paramore punye lagu semua pakai tech sume kan so bila pakai piano . HARU la weyh . dah macam apa dah .

azyan syahira azmi @ STAN-ZA (ni nama registered dia kat SAMURA.eh saya pon ada tau . saya LISA LETTO ) kata 'saya takkan lupa akak , nanti saya dah berjaya sume dreams saya . saya carik akak , saya tak lupa', cara cakap dia tuh as if we're not gonna see each other anymore . she was right . we didnt .

right now , i badly want to be at that moment again where you were there . we were having so much fun . kita berdua tapi seronok macam ramai ramai .cuma shaz , stanza , piano lama tuh . key piano tuh walau sumbang macam mana pun (maklumlah since tahun 84' piano tuh dah wujud kat SAMURA ) bunyik tuh lah yang paling saya rindukan . yup masih ingat , key E yg masalah .

kalau ditakdirkan awak lupa saya . saya tak kesah . yang penting tolong Ya ALLAH , jangan biar saya lupa dia . jangan . saya mohon DIA tolong saya ketika susah kat sekolah dulu . semua orang terlalu busy dengan study . alhamdulillah , DIA beri saya stanza. sungguh saya sayangkan stanza . sungguh .kalian semua takkan faham apa yang saya rasa .
p/s: stanza , tak susah lah rupanya a thousand year kristina perry tuh . = =' okay ability bace score sheet dah macam apa . tak guna betul . ni semua gara gara setiap hari baca menu .

LOVE,
SHAZLISALETTO

Friday 16 March 2012

terlalu banyak KISAHKAN DUNIA. saya LUPA AKHIRAT.

hari ni macam tersentak . terkejut terkedu . ini semua berlaku bukan kerana ada musibah yang menimpa saya. cuma tiba tiba fikiran ini muncul entah from no where . dunia HEBAT . semua mengejar , mahu berjaya dalam hidup kata manusia.

setiap kali lagu baru yang rentak nye boleh layan jiwa jiwang tahap gaban . SENANG gila saya hafal . tibba tiba ada yang menyoal . 'Quran 30 Juzu' dah ada dalam dada?' saya tersentak . TERKEJUT . bukan kerana ketakutan dari pertanyaan itu . HATI sebenarnya yang bertanya soalan itu . GILA .

saya MULA MENYOAL DIRI .


BUKAN DULUNYA , kau di ajar menghafal kitab suci Quran? sekarang apa jadi ? tinggal berapa juzu' dalam hati ? dah berapa juzu' yang HILANG ?

HILANG ?! lupa kan surah yang di hafal itu berdosa . ASTAGHFIRULLAH . sudah terlalu banyak dosa .
dunia ini tidak lebih hanya sebesar sayap nyamuk . jadi KENAPA HARUS LUPA AKHIRAT KERANA DUNIA ?

saya juga lupa kerana apa semua ini berlaku ? sekarang ini harus mencari JALAN PULANG . hati buta sebab tak amalkan ajaran Quran . hati buta kerana tahu wujud syurga tapi tak berusaha memenanginya.hati buta kerana tahu syaitan tu musuh ketat tapi tak berusaha melawan laknatullah itu.

semalam berbual dengan kawan lama.itupun kami terserempak secara tidak sengaja. i was asking bout my other friend . i havent seen her in many many years . Nuha kata ,'eh dia kan masuk tahfiz lepas SPM.dia nak hafal Quran. nak jadi tahfiz . ' HEBAT ! shazliyana? hilang dalam kesenangan dunia. sungguh saya  benar benar kecewa dengan diri ini . lihat dia di mana . lihat sahaja saya di mana . padahal we both were taught by the same ustaz ustazah . saya masih belum berani untuk bertudung labuh .padahal tudung itu lah yang akan menjaga saya dari segala fitnah dunia.

sungguh saya kecewa dengan diri sendiri .




Monday 12 March 2012

SIAPA ADA MANCIS? NAK BAKAR KEDAI NIH !! =='

     ingat tak betapa bahagia nya shazliyana minggu lepas sebab jadual kerja yang sangat membahagiakan ? kerja dari 10 pagi sampai 6 petang . BAHAGIA . okay . tadi jadual dah siap , guess what . TAHNIAHH SHAZLIYANA !!! ANDA MEMENANGI SYIF 3 PETANG SEHINGGA 11 MALAM SELAMA SEMINGGU !

terus pergi dapur pastu muka berubah . RASA NAK JERIT !!!
 Farhann kata 'kau ni menda remeh temeh lah . tak payah emosi sangat , apa yang kau benci sangat closing ? '

oohhh so NAK TAHU KENAPA SHAZLIYANA BENCI GILA GILA BILA KENA CLOSING . mari lihat hujah hujah yang bernas di bawah ini.


  1. balik lambat memalam buta ==' eh kalau balik memalam perggi lepak ke apa ke -tuh tak kesah lah .pastu dah balik nak kene KIKIS segala make up yang bertempek . dah lah kene pakse make up segala .

     
  2. PENAT. eh suka hati lah nak cakap saya gedik ke mengada ke lembik ke. tapi seriously kalau kerja pagi, tak rasa tau penat dia . kalau kerja malam ... MEMANGLAH ==' sampai rumah jek saya jadi bisu . say 'hi' jap kat sisters then terus masuk bilik. esok bangun pagi nak subuh je time nampak dorang . balik malam ,masing masing sebok nak buat homework.
    (
    ceyh , berlagak seperti kak long mithali ^^ )
     
  3. Malam -malam susana tak happening macam pagi . tak de orang kat jalanraya.SEPI . dah macam ghost town .
  4. GADIS tak manis pulang lewat malam (untunglah saya ni manis orangnya. apa ? tak percaya? tak caya sudah . saya susah apa. )
  5. OK, ni yang paling sedeyh sadis sekali lah . bila balik jek Citam dah tidur ==' ye lah citam meeoooww saya lah . (ntah apa masalah , nak upload gamba Citam tak boleh . ) pastu bila saya nak cuddle dia . dia tak nak bukak mata dia . dia tidur aja . esoknya sebelum nak pergi kerja , kiss dia duluh . MUAHH MUAAHHH  :* HABIS BULU BULU KUCING MELEKAT KAT OUTFIT KERJA YG SO HAPPENS TO BE BLACK COLOURED tuh . = ='


    so banyakkan hujah yang bernas ni ? saya nak semula jadual 10-6 itu . but who knows , this week may hold something worth to  discover .


    MISSION for this week is try to see the bright side of this whole 'closing' scene . yup who knows this might hold something for me (which i really doubt it might = =' ) so keep my head held high and currently searching for PATIENCE !  people better dont mess with me , im on my worst week . 

    dear 'CLOSING'
     I HATE YOU ! fullstop .


    LOVE,
    SHAZLISALETTO. 







     

Saturday 10 March 2012

DOA NABI YUSUF BUAT ZULAIKHA .SWEET ! NAK AMALKAN BOLEH LAH .

   ini doa Nabi Yusuf buat jodohnya zulaikha . comel doa ni . tengah gooogglle cari gambar kelas masa sekolah rendah then terjumpa doa ni . kalian boleh jek nak amalkan .

ohh and shazliyana jumpa ni . siapa yang nak try call tuh , SILA LAH YA :)



''Ya Allah , sampaikan salam rinduku buat ===sebut nama penuh orang yang dicintai=== sehingga aku menjadi kerinduannya ''

tapi janganlah bergurau buat main doa ni . itu ARAHAN .

Thursday 8 March 2012

SOLAT . ITU CARANYA . SEJARAHNYA

Assalamualikum , readers semua . hari ini saya ingin membincangkan tentang SOLAT . apa itu solat ? kenapa susah susah kita tunduk tunduk rukuk semua ? sebenarnyalah kan , apa yang susahnya ? sayang sayang sekalian , solat itu terapi jiwa dan fizikal .ini benar saya tidak berbohong .

kenapa saya katakan terapi jiwa ? kalau anda sedang marah . berwudhu' lah . marah itu api , api itu syaitan . solat buat kita tenang . dari perlakuan dan tingkah laku seseorang pun kita boleh nampak sebenarnya what's his/her behavior . solat memerlukan disiplin . bila kita berdisiplin melakukan solat , kita automatik jadi seorang yang berdisiplin dalam kehidupan seharian . saya baru dapat ilmu ini , saya nak share lah .

terapi fizikal pulak ? pengaliran darah lebih lancar apabila seseorang itu sujud. darah mengalir ke tempat yang agak sukar dan sempit di dalam otak kita. sebab itu orang yang pelihara solat ini cergas dan cerdas .

NAK TAHU SEJARAH SOLAT ?  


SUBUH.
manusia pertama solat subuh ialah Nabi Adam mase baginda dikeluarkan dari syurga.first time keluar tu baginda rasa takut sangat sebab keadaan gelap gelita. bila fajar subuh terbit baginda pun solat 2 rakaat.


rakaat pertama: tanda syukur terlepas dari gelap malam
rakaat kedua : tanda syukur siang menjelma .


tu subuh . ok jom terjah ZUHUR lak :)

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat:tanda syukur korban diganti dengan kibas
ASAR :)

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun
drum roll !!! MAGHRIB :)
 
manusia pertama solat maghrib ialah Nabi Isa dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
final tapi selalu orang tinggalkan ISYAK.
 

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

lain kali shazliyana cerita pasal lain pulak okay :)


LOVE,
SHAZLIYANA 
 

 

RASAMAS .RASATEMBAGA.RASAPERAK. semua ada :)

   GATAL GILA MATA . farhann gila bergurau tak beragak air R3 dia spray masuk mata . = =' memang mengamuk shazliyana tadi . c'mone lah , i was wearing contact lenses kot time tuh ! im only 18 tapi rabun almost 600+ . GILAKAN?! dah la i didnt bring along my solution for the lense uh . memang shazliyana balik tadi tergesa gesa lah . balik rumah terus setting mata ( macam setting meja lah ! HAHA ) . sekarang mata dah merah sebelah . naseb offday esok . lagi pula i dont wanna go out tomorrow . i wanna stay inside , TIDURLAH !! :)  ingat nak further class esok tapi takde mood lah nak belajar so just nanti lah sambung class .




lepas tuh hari ini dapat berita gempar pulak = =' nak ternangis dah depan dia . alah biar , bazir weyh nangis sebab silly loves semua ni . satu hari bila dah tua shazliyana lupa jugak . memang tak boleh pandang muka langsung ! rasanya macam kena TIPU . that's it . lepas ni tak de makna nak jumpa ke apa ke . shazliyana sendiri akan mengelak .saya akan elak .

la ingatkan susah sangat buat mee bandung rasamas , SENANG JE LAH ! :) tadi kene pegang 'assembler' jap sebab farhann masuk lambat = =' amir balik cepat = = ' . time tuh lah nak order srawberry float lah koolerz lah . siap nak order SUNNY THAI lagik ! naseb kuah dia takde . so ta payah buat .kecewa sikit sebab balik malam hari ni .

kenapa sedapp jek pronunciation dia bila panggil 'shazliyana' ? dah . mulai hari ini . semua berakhir

.eqa hari ni tak badmood sangat . okay je lah .bahgia jek muka . baguslah tuh .


farhann . hari ni shazliyana memang bengang dengan dia lah . apa tuh R3 solution ? tuh air lap meja , dulang ,kerusi , dinding . imagine lah sapa tak marah ?! entah macam mana tersangkut deal nak belanja mamat farhann nie . tak pelah .sekali ni je tau farhann ! masa nak balik , eqa kelam kabut . shaz tolong kejap .customer ni nak certain part lah kat ayam tapi shaz tak tahu available ke tak part yang customer nak .shaz tanya farhann banyak kali tapi dia sebok sangatlah bercakap apa entah dengan abang kesayangan dia , Amirrulfaiz tuh. ''susah lah cakap dengan korang nih ! '' , shaz terus jek amek order customer tuh . serious rasa nak bukak je lense . gatal tak tahan . sebelum balik jumpe farhann nak belanja lah ni konon konon , gedik nak merajuk farhann tuh . dia kata ,''dah tak pelah aku tak lapa. kau balik je lah '' . kau buat aku , kau pulak yang nak merajuk ? nonsense .

Amirrulfaiz ? hari ni banyak jeh dia tersenyum gelak . tak GARANG .tak SINGA sangat bagus .apalagi pasal dia ? nak cakap apa ..we're not talking to each other . entah . cuma takde topik perbualan nak cerita . lagipun serik lah. ye la , hari tuh beriye shazliyana berstory telling kat dia , ingatkan he's interested rupanya its the other way round .okay naseb dia tak marah hari ni . shazliyana srew up la kat kerja hari ni . amirrulfaiz kata nasi habis , shaz pergi amek order nasi . amirrulfaiz kata ayam golden habis . shaz pergi amek set golden .pastu dia panggil 'shazliyana ..' (serius ingat nak kene mara ke apa) '....ayam pepper quarter jek .'' phhheww naseb .

WARDAH ? OKAY .MENYESAL SHAZLIYANA AJAR benda merepek kat dia . wardah ni naive sikit taw sebab dia sekolah perempuan so tak  mixed dengan boys.so kadang kadang (most of the times.HAHA) tak paham 'bahasa lelaki' dan 'bahasa kasar' . HAHA .so shaz kene explain la setiap apa yang sir raja ke farhann mencarut dekat wardah .HARI NI ? wardah improve a LOT ! haha. shazliyana pulak rasa malu .haiiisshhhh = = ' ayah wardah datang makan asssamlaksa hari ni then bagi shaz tips SATU RINGGIT :) tapi shaz tak amek , simpan dalam drawer cash nak cover short . ( bosan asyek cover short )

dengan amir hari ni kiteorang bincang pasal 'cinta sebelum kawin dan selepas kawin' . eh jangan salah faham . saya dan amir sahabt sahaja . kiteorang bercerita pun sebab ada kes kat sekolah masing masing pasal couple segala apa entah .COUPLE ITU HARAM.haram lelaki jadikan wanita kekasih tanpa niat menikahi perempuan itu .then shaz mengeluh sikit lah kat amir . shazliyana pergi amek test psychology , result dia ? berkelakuan seperti kanak kanak berusia 5 tahun . = =' pffft
 
bila bincang pasal kanak kanak , drag sampai issue pedofil . pedofil tuh apa ? oh mereka ni gila . suka kanak kanak yang belum baligh untuk pornografi dan seks .tapi once kanak kanak itu dah baligh , pedofil hilang interest . KEJAM manusia macam binatang ni . banyak issue global lah . dah macam sesi perdebatan kat sekolah pulak :)

Wednesday 7 March 2012

Saturday 3 March 2012

Finding Out You LOVE Someone Right After The Person Walks Out From Your Life .




The irony of love is loving the right person at the wrong time and having the wrong person when the time is right. 

Finding out you love someone right after the person walks out of your life. Sometimes, you think you're already over a person, but when you see them smile at you, 
 
you'll suddenly realize that you're just pretending to be over them just to ease the pain of knowing that you're not. 

Sometimes one person is loved too much, and the other is loved too little. 
So here's a piece of advice:
 
Let go when you're hurting too much, give up when love isn't enough, and move on when things aren't like before.

MAMA KATA , ' NANTI KAWIN BUAT KAT ALUMNI UTM JE LAH ' . mak oiii TERSEDAK SAYA DENGAR !!!

 okay ini MEMANG SANGAT MENGEJUTKAN ! TAHAP DEWA LAH gila dia ! . semalam ketika shazliyana was having her dinner with hot milo ( fav tuhhh . farhann kate macam gaye orang tua sbb suka milo panas . ah tak masuk akal ) tiba tiba mama kesayangan cakap pasal kawin apa entah . eh saya tak amek port lah . buat don't know jek . layan lah movie tuh .

 mama tanya ' eh , faiz tuh anak mohd alwi kan ? ayah dia dr,alwi tuh kan ? eja 'alwi' tuh cmner? mama ade kawan nama dr.alwee tapi eja nama dia 'alwee' lah .ehy , ok lah tuh . kira jadi lah . nanti mama talipon dr.alwee tanya , ok? '

AND I WAS LIKE @#$%^*&$%& !!! APA?!!! maka tersembur lah the HOT MILO i was having tuh .( ok serius tersembur . TIDAK BERGURAU NI .)  ' mama cakap apa ni ? im only 18 ma. eyh , mane lah along tahu ayah dia kerja apa . yang along tahu ayah dia orang UTM . tak lah . eja nama dia 'A.L.W.I '  . LAIN ! BUKAN KAWAN MAMA ! dah jangan lah , mama merepek apa ni ? lupa ? along nak orang banyak $$$.'

MAMA REPLY :
'alah boleh je lah faiz tuh . kire ok lah tuh parents dia orang UTM . kire berada lah tuh . ok apa , long . dia tuh kan student mama . belajar pon ok . dah nak grad pon . accountant tuh . daripada anak ikan awak tuh , belum tentu ke mana lagi dia . SPM pon dia belum amek lagi . KAWIN je lah dengan faiz tuh . nanti kita buat majlis kat alumni UTM '

SHAZLIYANA BALAS :
'ma, faiz tuh tak suka kat along . dia benci taw kat along . lagipun dia GARANG ! ma tahu , along dengan adik dia gadoh taw . siap jadik musuh ketat lagi time sekolah dulu dulu . ah tak de makna nye ma ! ! kiteorang dah la SELALU gila gaduh ! '

MAMA REPLY :
'alah , faiz tuh muka je garang , dia tak garang lah . musuh dengan adik dia bukan dia . bukan nak kawin dengan adik dia pon . muka pun boleh tahan ape si faiz tuh .  kan ? '

SHAZLIYANA BALAS :

*buat muka dulu* ' kat rasamas pon orang selalu kene kan kiteorang . ni mama pon sama ? ramai betul lah yang mendoakan ni . '  SIGGHHHH ~ buat muka lagi sikit pastu sambung balik ' HAISHHH, kang kawen betul aku dengan faiz ni kang . ' MAMA GELAK GILA .

SERIOUSLY la mama memang buat surprise lah . malam tuh saya tidur tak tenang . weyh kalian kene INGAT SOMETHING taw . kata kata itu doa . doa IBU itu MAKBUL ! 

mak oih . mama , mama . shazliyana nak pandang mata faiz pun , tak berani . ni lagi lah . gurauan jenis apa ni ma ?! yang mama sibuk sangat back up si faiz tuh , dah kenapa ? siapa anak mama sebenarnya ? shazliyana ke amirrulfaiz , hah?! = = '


JODOH RAHSIA ALLAH 




LOVE,
SHAZLIYANA

Friday 2 March 2012

HEBAT !! siapa sangka jalan hidup kita begini .

 eh shazliyana hidup lagi !!! HAHA . ada ke some of my friends called me asking whether im okay or not just because i didnt online for almost 2 weeks .tuh sume sebab menatang berukband tuh sakai :) HAHA. mama geram sampai siap baling kat dinding menatang uh ! last last kami sume tuka pakai wi fi je r. tp $$$$ kua banyak r gak . adehh = = ' . they're silly but at least its shows that they cared :) eh SAYANG LEBIU LAH KORANG :)

hari ni j card day . abes duet shazliyana spend beli itu ini . BENCI ! shazliyana memang lemah lah kalau ada sale or jualan murah . PASTI AKAN TERPEDAYA PUNYA !  haha . dah beli mesti lah kene bayar an ? so berjalan lah ke arah cashier . bapak dia , berator panjang sioott ! sekali ade sorang cashier ni bukak counter baru , shazliyana pun pergi lah ,sekali . . . aishhh KEKASEH LAMA lah . dah terdiam dua dua . siapa ? ohh nur asyraf isa lah . hebat :) maseh handsome ( eh kena lah puji kan ? dulu kan ade pape . HAHA )maka terkenanglah segala kenangan lama zaman bercinta dulu . ceyh .

okay , lupakan . ramai weyh manusia . memang ramai lah serve customer tadik . tapi shazliyana bengang la jugak time kene jadi assembler uh . time tuh lah sup nak habis , pinggan tak de , magkuk belum basuh , cawan mushroom soup entah ke mana . sir raja lak nak jerit jerit ' SHAZLIYANA BUAT SUP , SHAZLIYANA MASAK AYAM , SHAZLIYANA MASAK NASIK , SHAZLIYANA !! " weyh . dia ingat saya robot apa ? memang tak ikot procedure la sup saya buat tadi . saya masukkan air setakat 4 liter lebih pastu tuang sos ape entah sambil bilang ' SATU , DUA , TIGA , EMPAT , LIMA ' . dah siap pon sup !!!  :) ayam ? a'ah . dah tak rupa ayam beb . saya tuang serbuk lada hitam mixed with some ingredients ape entah  . tahu tahu ayam dah selamat di bakar . HAHA .

owh hari ni OverTime sejam . :) KAYA KAYA ! padahal sejam jek = = . baru ingat nak balik , mama kesayangan talipon lah . 'along , jangan lupa redeem coupon mama taw ! ' walaweyh , semata mata nak coupon 5 hinggit tuh , shazliyana beratur lah panjang panjang . habuannya ? dapat dua jek coupon rm 5 uh !! 'BERBALOI' kan ?



LOVE,
SHAZLIYANA