Thursday, 23 January 2014

HAPPY BIRTHDAY AMALIN :*



Baby , you've made it through your 19th !! well , welcome to 20th years of life babe !

during your 19th , lots have happened :)
those moments where we laughed our guts out , where we cried together and having fun with stuff (and boys too . HAHAHAHAH )

ye tahu tahu kita tak cantik mana tapi tapi tapi takkan lah nak yang biasa biasa kan ? macam aisshhh mana boleh macam tu ! HAHA

My Dear Bestfriend : Amalin



I have nothing to offer you Amalin , on your 20th birthday ; but only my friendship  and loyalty for years and many years ahead .

You  know , so  many  good  friends  have  either  lost  contact  with  each  other  or  forget  one  and another  because  distance  keeps  them  apart.  I’m so  very  glad  that  we  have  failed  the  distance !  you’re  always  here  for  me .. and  believe  me,  each time  I  tell you ‘’im always here’’ I do mean it. Happy Birthday Amalin, may  ALLAH   bless  you  in  everyways.  I  love  you … - Shaz-



Sunday, 5 January 2014

I know how it feels like !

okay , this cat made my day ! setiap kali nak study mesti tengok dia dulu sebab ahhhhhhh comel nya !!! hahahaha caption dia bangang nye lahaiii , HAHAHAHAHAHAHA

ahhhh i miss kucing kucing dekat rumah .ahhh sudah , focus final Shazzzzzz ! hmmph ! doa kan saya dapat A banyak banyak untuk final sem 1 ni ! thank you :*








NANA SYAHREZA

Friday, 3 January 2014

Sebelah SILVER sebelah HIJAU campur PINK

okay , so setelah lewat petang ,perut kita pun lapar lah kan .

I , Bie , Ain dengan Em keluar lah makan . macam biasalah , belum apa apa i dengan Ain almost serentak cakap '' Korang decide nak makan mana , aku malas nak pikir ! ''

Bie dengan Em kata makan dekat Big Brother tapi tiba tiba rasa nak makan A&W pulak .
merayu punyalah merayu , last last diorang ikut je lah i pergi A&W tu yang dekat seksyen 7 dekat Petronas tu. dah sampai A&W,

Bie: Hah pergilah order cepat .

so i walked to the counter lah konon nak order ni , sampai dekat counter tu the worker tanya , ''makan sini?''

Shaz : (i looked at Bie ) Bie , kita makan sini ke bungkus ? okay , saya nak take away , saya nak hmmm hmmm hmmmm .......

punya lama aku punya hmmm hmmm hmmm tu sampai ada customer dah beratur belakang aku . ni still tak tahu ni decide nak makan apa so aku keluar barisan , pergi dekat Bie dengan Ain yang tengah duduk dekat a table near me lepas tu

lepastu i cakap dekat diorang  ''jom lah , tak nak makan sini ''

memang akhirnya menuju ke restaurant Big Brother seksyen 7 lah . dekat sana masalah sama lagi , semua orang dah order , memang waitress tu tunggu i lama mana , tunggu order punya pasal . so i ordered Baked Cheese Rice , sama dengan Ain :) Bie makan spaghetti , Em makan chicken chop . kat kedai ni best , portion makanan dia memang banyak !!!! kami semua ni makan kena sampai 2 round , banyak betul portion makanan yang kiteorang dapat ! dah share share pun banyak lagi sampai boleh je nak bungkus bawak balik ! banyak betullllllllllll

dah habis makan , pergi Giant Hypermarket pula sebab Em kata dia nak beli jajan lah pen lah apa lah . so dah sampai Giant ni , bukan Em je borong barang , Bie ,Ain pun terborong sekali oiiii . Me ? alah beli air yogurt je .

then masuk Guardian . Em nak beli make up stuff . so i got boring sebab macam tak tahu nak buat apa , nak beli barang rasa membazir pulak sebab benda yang i nak i dah ada . pakai lah sampai habis dulu baru beli baru , jimat cermat sikit Shaz oiii ! :)

Bie dengan Ain dah wandered off sana sini dah . I teman Em pilih products , masa Em pilih pilih tu I played with the cosmetics products yang tester tu . dekat situ ada eyeshadow Silkygirl rasanya kalau tak silap . amek sikit warna HIJAU taruk dekat eyelid belah kiri , lepas tu ada warna lain cantik ! warna SILVER . hah i pun amek sikit sapu dekat eyelid sebelah lagi . lepas tu ada lipstick , PINK betul !!! memang tak lah kan i nak pakai warna tu pergi faculty , bright betul tapi cantik jugak :) ha'ah , i put it on .

Bie dengan Ain datang dekat I , lepas tu they laughed so loud yang macam astaga ! Em tak perasan pun i meroyan dekat situ , dia dah settle purchasing barang dia then baru dia sedar kemeroyanan i .

Em : Shaz , kau dah macam orang yang berlakon jadi orang gila yang main make up dalam tv . Shaz , kau teruk gila muka kau . HAHAHAHHAHAHA

since i dont have the make up remover at that time ............

memang sepanjang perjalanan balik i jalan pandang tanah :')


NANA LISA 

Friday, 27 December 2013

Baby,who are you ?

okay okay okay , i dont know his name tapi .....ohh how i was captivated by his charm !
semalam i was not in my best outfit, biasa biasa je . memang terlambat sebenarnya that's why tak sempat nak make up or stuff. i just put on some bedak je pun lepas tu celet sikit lipcolour .

Then my family and i went out (tak sedar diri study week berjalan sana sini.sigh.) We then sampai dekat satu kedai ni tau ,kedai apa ? okay tu tak payah cerita lah :) masa Mama dengan Ayah dia tengah pilih pilih barang dalam kaca tu , dia duduk je tengok apa parents dia buat . eh yelah , i mesti lah tengok dia , kalau tak mana i tahu dia buat apa kan ? hahahaha

sebenarnya masa dia mula mula masuk kedai tu i dah pandang dia , and he looked back lah kan mesti ! masa lepas eye contact dengan dia tu , memang rasa macam kena ragut lah jiwa ! hahahaha . i dont know lah dia rasa benda yang sama ke tak tapi tapi tapi .... haiiiihhhshh :)

habes takkan lah i nak keep on staring dia kan, i pandang pandang pun berkalis. last last i ignore je lah dia , turned back my attention to my family. when i was talking to my sister , she said

''Dia pandang kau lah ! dia pandang kau !! ''

gila bahagia aku kejap . dah lah memang dah bahagia kan hang out satu family ni lagi bahagia betul!

i tanya lah my sister ''jangan pandang dia , biar dia biar ... he's still looking ke ? ''
''Ha'ah , dia pandang lagi  ! '' she answered .

and then he moved seat closer to me , kau gila tak bedegup macam apa jantung aku fuyohhhh thrill dia. hahahahaha . aku duduk lah membelakangkan dia, kalau duduk berdepan ni aku rasa pengsan aku ni karang kat situ . hahahahahahahahaha .

lepastu Mama dia panggil dia ke apa ntah i tak tahu but he had to go look apa yang Mama dia tunjuk.wasnt that far pun from me but he had to turn his back to me. lah time masa tu pulak my family was done purchasing items dekat kedai tu so we left . HE DIDNT NOTICE ME LEAVING .sighhhhhhhhhhhhhh . mana dia nak perasan dah dia pandang belakang.


have you ever felt this way, he's a complete stranger .tapi macam you dont want to leave him there. have you ever felt this way? ke its just me je mengada ngada ni ? hahahaha

what i learned yesterday was , kalau kau selekeh selekeh pun Shaz , boleh buat mamat putih handsome tu tukar seat , renung kau . can you imagine of doing more Shaz ? :*

lepas dah lama sikit we walked pass the store again, yes how i hope he was still there ! i looked , i searched for him tapi dia dah tak de . he was gone .

sedih betul kisah cinta pandang pertama saya kan ? sob sob .

baby, who are you ?

NANA LISA

Thursday, 19 December 2013

MITOS

hai hai hai :)

walaupun this week hectic dia macam ermmm cant describe tapi best sebab its the last week of kuliah dengan kelas . meaning that yeay im almost done with this sem ! so tinggal final je lepas tu berangkat ke sem 2 !

GREAT ! Makin dekat lah i dengan cita-cita i nanti :)

told you guys i wont be home untuk cuti kan , sooooo i changed my mind ! alah mitos je tu siapa yang kata  ''kalau balik rumah tak study bla bla bla ''

kalau NAK study , kat mana mana pun boleh . kalau yang TAKNAK tu yang macam maca cerita dia create , itu lah ini lah . pensel patah pun dia jadikan isu ! XD   
*shhhuushhh , terasa dengan diri sendiri!okay merajuk dengan diri sendirilah macam iniiiiiiiiiiiiii *

so since esok kelas hari Jumaat cancel , apa lagi , habis je kelas petang tadi lepas Asar terus redah hujan berangin angin tempias pergi stesen bus terus beli tiket paling awal sekali to JOHOR BAHRU . JUMAAT 9.30 PAGI :)

In Sha ALLAH kalau semua nya smooth je perjalanan esok , by 3PM sampai lah ke negeri dan daerah tercinta itu.  I MUST SAY , I MISS HOME . I MISS JB !!!  :')

i will do schedule lah untuk study dekat rumah , ye lah takkan nak study 24/7 kan kat rumah? dah lah lama dah tak balik . lagipun aku budak enjin , bukan budak ngapal buku . hahahaha . last minute tu perkara biasalah bagi kiteorang :)

somehow Alhamdulillah, i feel comfortable and at ease doing this Chemical And Process Engineering course , its like my heart is here , with it :)

senang ?  Degree mana yang tak susah ? tell me mana . senang cerita semua course ada dugaan masing masing . Apapun kan , i know ,DIA beri dugaan to those yang mampu tanggung . DIA takkan takkan takkan takkan beri dugaan yang tak tertanggung oleh hambanya . so kita chill chill je lah kannn . teruskan usaha . hah , tu kena terus jangan berhenti henti .


SHAZLIYANA

Saturday, 14 December 2013

FINAL SEM 1 :)

my 1st paper is on 31st.December,2013 . mula dengan paper CHE434 : Process Chemistry at 2.15pm-5.15pm. INI KENA DAPAT A .

lepas tu gap sampai lah 6th.January,2014. The next paper is CHE 493: Fluid Mechanics on 7th.January,2014 at 2.15pm-5.15pm. INI KENA DAPAT A .

gap sehari lepas tu on 9th.January,2014 sama juga petang ada MAT 435: Calculus For Engineer. INI KENA DAPAT  A JUGAK .

CUTI SEMESTER 6 MINGGU

lepas tu dalam 10th or 11th.Jan nak balik JB . i miss home . dah lama tak balik rumah since October dah rasanya ni . study week is on for a week lah kan , nama pun study WEEK . 7 hari . macam nak balik , tapi macam tak sempat sebab there's so many things going on nih.nak balik ke tak tu still belum decide.setakat ni berkira kira untuk tak balik lah.

please pray for me and my friends semoga dipermudahkan urusan ni semua ,semoga mendapat sebaik baik keputusan, semoga kami ingat apa yang kami pelajari , semoga kami sentiasa ingat . Amin :)

Wednesday, 27 November 2013

Note To Self



@NotaHalaqah : Cara paling baik mencintai wanita ialah menjauhinya. Mendekati walinya dan berdoa kepada Pemilik hatinya..

@NotaHalaqah : Belum masanya untuk bercakap soal cinta. Kukuhkan cinta kepada Yang Esa insha Allah bila tiba masanya cinta itu akan datang dengan izin Nya.

@NotaHalaqah : Selagi kamu mampu bertahan hanya dengan berdiam diri maka diamlah. Dengan berdiam diri itu sudah mampu membuktikan kamu kuat.


Indah percintaan mengikut syariat Islam. I have faith and belief,
Bercinta selepas nikah itu jauh lebih indah. In Sha ALLAH .

sekarang ini focus i , and my priority isnt this . belum tentu lagi usia yang diberikan for me sampai tua sampai beranak pinak .hmmmm yang tu belum tentu lagi . jadi untuk apa letakkan priority ''cinta pada yang bukan halal'' sebagai yang paling atas ?

jika mahukan dunia , dengan ilmu
jika mahukan akhirat juga dengan ilmu .

jadi conclusion pendek yang i boleh come out with is ...

sekarang ni , masa kita tengah muda muda tiada penyakit ,sihat tubuh badan ni lah yang kita kena usaha sungguh sungguh untuk cari ilmu .selalu lah berdoa supaya di kurniakan hati yang terang supaya ilmu senang kita faham . kalau hati gelap , macam mana nak faham apa yang kita belajar ?

contoh semata mata ini cuma contoh  :

ya memang , ada yang tak ikut perintah DIA tapi nama dia je lah yang duduk dekat Dean's List . HATI HATI diri. boleh jadi itu semua cuma ISTIDRAJ . HATI HATI lah diri .

lagi satu , peringatan untuk diri . Nak majukan bangsa sendiri , kita ni kena tolong main peranan . kalau ada ilmu ,kongsi . jangan kita sembunyi sembunyikan sebab takut yang lain akan dapat lebih dari kita. kalau tak mampu kita beri sedekah dengan duit ringgit, apa salahnya kalau kita infak kan sikit ilmu tu ? lagi pula ilmu tu milik siapa ? milik ALLAH . bukan ilmu je , semua lah everything milik ALLAH. kalau dah semua ALLAH yang punya , kenapa perlu kedekut , lokek ?


Percaya kan semua yang jadi ini ketentuan ALLAH ?

Dah bila semua DIA yang jaga , DIA yang tentukan , kenapa perlu risau berlebihan ?

kita usaha lah sehabis baik . in sha ALLAH .


SHAZLIYANA