Friday, 27 April 2012

DALAM LATIHAN PRAKTIKAL MENJADI GADES MELAYU TERAKHIR

okay berazam untuk menjadi seorang gadis yang lemah lembut FOR REAL kali ini. tawaran sambung belajar sudah dapat ,alhamdulillah walau tidak se-GRAND orang lain tapi ini platform saya untuk reach for more .ye platform ni kecik tak dipandang orang tapi jangan lupa semua benda yang famous hari ini was build from nothing .

ye program SAINS naseb bukan program MATH ke apa ke . tapi serius lah dalam program sains ni ada math.UNTUNGLAH ~ = ='

maka saya dan sahabat baik hidup mati ini akan melanjutkan pelajaran bersama. sedang berdoa agar kami menjadi roomates.NICE lah kan? dekat tempat baru ni nak belajar tak perlu pakai baju sekolah . SUKA SUKA! reasons? simply malas nak gosok . serious tak ada perempuan macam saya. pernah saya gosok baju sekolah je kain tak gosok sebab malas . HAHA. eh duduk asrama rushing kot ! logik lah kain tak gosok.dear future husband,dont woryy i gosok baju u hari hari ^^

ah here's come all the ermm let's say DRAMA.

hari hari shazliyana nak pergi kelas pakai baju kurung . ok tak tahulah sampai bila azam ni nak berjaya tapi ni short term aim saya bulan ni lah . long- term aim? sudah tentu lah degree di universiti terkemuka dunia? ayat gebang? DUNIA TAK LAH BESAR MANA pun. besar lagi red dwarft(kalau belajar astronomi ,its a star,a red GIANT star)

memang shazliyana nak fight abes abesan lah kat KMJ nanti . semua salah saya buat kat asrama dulu saya tak nak buat dekat KMJ sebab SEMUA ITU DROVE ME OFF COURSE from my goals.  SESAT jadinya.perkara homesick tuh tak menjadi masalah rasanya sebab 2 tahun SAMURA kalau homesick lagi mengada lah tu.

sekarang tunggu konvo kat UTM nak shopping baju kurung , aw aw AYU nyerrrr ~

LOVE,
SHAZLIYANA 

Monday, 9 April 2012

OTAK BERKARAT . DIRI SERUPA BIAWAK . FAMOUS MACAM BINTANG

 okay sekarang ni tengah fikir ayat tau nak taip kat resign letter ni. al maklum lah dah dapat tawaran segala cuma tawaran yang saya dapat tak sesuai dengan jiwa raga saya . UTM offer diploma perakaunan . okay . account BANYAK number yang terlibat . bila BANYAK numbers yang terlibat otak saya bersepai seperti tembikai yang kene gunshot guna AK-47 pastu kita review slow motion dia . ah macam tuh lah lebih kurang . HAHA.

so sekarang ni ceritanya nak berhenti ah . okay . offer masuk bulan 6 tapi takkan nak kerja sampai abes kot mestilah nak juga rasa jadi penganggur kan? so mahu jadi penganggur selama sebulan : itu pun saya akan mendaftar pada bulan 6 . apa jadi dengan MEI saya? oh HAVE FUN LAH !!!

kali ini confirm . saya takkan tarik balik notis perletakan jawatan saya :) sedih ? eh kenapa harus begitu. life's go on whether you like it or not . ya mungkin berakhir semua segala hubungan dengan rakan sekerja tapi inikan salah satu proses kehidupan .

okay MEI ini HIDUP saya akan menjadi begitu SIBUK dengan SEGALA planning yang nice semuanya . mula mula travel tanpa parental guide (COOL an?!) ke Batu Pahat (BP) round round melepak sana sini jejak Kuala Lumpur (KL) selepas seminggu kembali ke Johor Bharu (JB) terchenta . maka bulan MEI ini BBQ sekali lagi ya semua !! okay serious kali ni saya TAK MAHU jadi BAHAN kalian lagi . yup, walau rase famous sekejap tapi errr, penat doe . HAHA . siap beratur nak tangkap gamba segala . sudahlah ,jangan buat saya rasa TERlalu diminati .


ingat simpan duit gaji yang tidak seberapa ini untuk beli keyboard . KEYBOARD lama ROSAK sudah tidak layak dipandang langsung . tapi alahai keyboard sekarang makkk oooiii MAHAL DOE ! kenapa tak mintak parents jek belikan ?! alah kan result SPM MACAM SAKAI so MALU lah NAK MINTA APA APA REWARDS DARIPADA MEREKA = = ' sudah menjadi kebiasaan apabila marah sedih atau gelisah , saya lepaskan dengan bermain piano di sekolah dulu . dah 2 tahun berterusan begitu menghadapi hostel life . dekat rumah mana ada PIANO . keyboard pon rosak . so sekarang nak tahan marah saya buat bunyik 'iissshhkkkk iiissskkkkkhhhhh' HAHAHAH dah macam biawak pon ada doe .

ah sudah sudah . nak type resign letter dah kejadah apa saya UPDATE BLOG pulak nih ! = ='


LOVE,
SHAZLIYANA

Saturday, 7 April 2012

AMALIN KEKASEH HATI .

 okay . hari ini STRESS doe . masalah nya an errrr sucks gila new kid at my workplace . what do you expect shazliyana? she's new .

lepas tuh time buat order ade call masuk .. so i just picked up la . it was from AMALIN .
''shaz,you kat mana?''
i said, ''i tengah buat order  you kat mana?''
''i dekat depan''
shazliyana menjerit jerit lalu berlari keluar ke depan .

there she was . pretty as she will always be . standing smiling towards me .
''OH MY GOD OH MY GOD!!SUBHANALLAH!'' was what i could say .

''malin,you datang sini jauh jauh dari batu pahat buat apa?!''
''i datang nak jumpa you lah !''
''you serious?!you gila ke apa?where's your parents?''
''ah ni mama i .''
''Ya ALLAH , aunty. hi! okay nanti i call dulu . ala i kerja pun tak lama dah ni , i dah nak berhenti pon . nanti lepas berhenti ,i datang lah :) i nak stay umah kat BP(batupahat) tuh lama lama . 2 hari jek .bole?''
''boleh la !! nanti datang tau . ''
''ah sure aunty , nanti shaz datang tapi lepas berhenti lah . bulan ni last :)''

maka inilah dia sahabat homesick saya di SAMURA,dengan cikgu kami selalu appeared as gadis lemah lembut .depan rakan rakan berlagak otai .padahal dua dua asyik nangis nangis nak keluar sekolah .


dearest amalin,
untunglah kita batalkan 'niat' kita yang suci murni itu .
kalau kita keluar SAMURA,kita takkan jadi begini-bahagia macam sekarang.ingat lagi kisah kisah nakal kita buat . memang tak mature langsung kan?!serious you buat i senyum hari ni,orang ingat i senyum sensorang sebab 'the special someone made my day' padahal it was you all along . you cantik and will always be sayang .JAUH JAUH YOU PAKSA PARENTS YOU DATANG SEBAB I?! YOU GILA !! JANGAN BUAT MACAM NI LAGIK !   

mood:terharu

p/s: kalau ada lelaki buat macam ini . i terus kawin dengan dia ,malin :)

LOVE,
SHAZLISALETTO

Wednesday, 28 March 2012

LESEN 'P' KENE TAREK BALIK =='

 memang lah rasa nak bunuh semua orang yang berkerja sebagai tukang check parking . tak pepaham lagi keh saya ni pemegang LESEN 'P' okay . P tuh PERCUBAAN ! beragak lah weyh . lupa kot nak letak coupon time parking . alah standard r an . yang anda berlagak hebat nak keluarkan SAMAN segala tuh kenapa?! dah cakap TAK SENGAJA kan .

Cerita nya begini , shazliyana dan noor aishah keluar makan . 'nak makan mana ni ?' sang aishah bertanya . si lisaletto jawab 'ah Domino's jek ah '

so anak anak dara yang TERLALU sibuk tak sempat nak masak makan lah di sana . lepas makan jek keluar lah . biasalah shazliyana sibuk bercerita tiba tiba terdiam . worse ! shazliyana terus berlari tinggal aishah . ''CEPAT CHAH ! AISHAH LARI !!! ''

yang aishah bengong pergi lari kat kereta lain . weyh sayang ku sayang . bentuk kereta kan lain kok ye pon warna sama hitam . pelik jugak lah shazliyana tengok aishah pergi bukak kereta orang lain ==' pfffttt , dalam hati cuma mampu 'SUBHANALLAH KAU DAH KENAPA?!!!''

saya pemandu naza picanto hitam (okay officially mama bagik kepada saya . PEACE ! ) yang hampir serupa dengan model chevrolet avio hitam . si aishah ni siap nak bukak pintu kereta orang lain . ==' aduhai ,

kenapa kami berlari SEGALA? KENAPA? shazliyana lupa letak coupon parking = = ' . alah ! BUKAN SENGAJA pon . dah terlupa . what do you expect ? saya 'P' kot ! beragak la weyh . selang 3 bijik kereta from mine ada officer issuing SAMAN ! ah menarek lah .

ORANG ADA 'P' KALAU KENA SAMAN MEMANG KPP BALIK AH ! AH TIADA MAKNA NAK ULANG SEMUA BALIK . so lebih baik lah saya berlari penat kejap an ?! haha masuk gear REVERSE , then gear 'D' ------> BBBRRROOOOOOMMMMM (serious memang bunyi sebab pecut nak lari punya pasal )

SUDAH LAMA TAK BERLARI BEGITU LAJU .

LOVE,
SHAZLIYANA

Friday, 23 March 2012

ALAMAK SANGKOT !!! ==' SAYA MASIH BELUM PUTUS HARAPAN .SAYA YAKIN.

 okay result SPM kua . shazliyana antara mereka yang bahagia lah . wah depan semua senyuman aja lah yang saya taburkan . gelak ketawa rindukan semua rakan rakan SAMURA. maklumlah , dulu kalau rindu jalan pergi dorm mereka jek . sekarang ? alahai ada yang duduk penang sabah sarawak . jauh lah sangat nak sampai !!
shazliyana batch 28:RISE THE FALLEN . label saya masa sekolah dulu dulu ? nakal+kecoh . kalau saya tak datang sekolah memang cikgu PERASAN punya lah ! pastu saya sangat suka photography , maka saya jadi photographer sekolah . malam malam tengok slide show kat nikon eos 3100 . aduh rindu .

straight A's?! alamak sangkut addmath !! siapa tak terkejut ?! cikgu pon terkejut apalagi saya . dengan rezki ALLAH maka banyak lah bertaburan A+ dan A di slip SPM tapi ujian ALLAH beri bila tiba tiba sangkut satu B+ . addmath kesayangan lah . memang kat sekolah kalau orang nampak saya pegang buku addmath je lah . itu yang rasa nak menangis je depan cikgu tapi mama kat sebelah . kalau nangis depan mama lagi haru nanti .

dear addmath , jangan risau . tak de maknanya saya nak benci awak . awak tuh tetap fav subject okay ! shhh , jangan bagi tahu biology fizik chemistry taw ! nanti mereka jealous . HAHA . saya terkejut juga tengok A+ dengan A dekat mereka . saya harapkan awak addmath . tak pe bukan jodoh kita . nanti saya bertemu awak di universiti lah . tapi masa tuh awak dah tuka nama jadi CALCULUS.

sekarang ini shazliyana hantar kertas addmath dia untuk REMARK . INSYAALLAH kalau memang rezki straight la shazliyana . tidur malam semalam teman dengan air mata . malam ini ? entah siapa tahu . alamak tak de makne nyer nak menangis . sehari tu sudah cukup . sekarang fikir moving foward . sudah sememangnya saya letak backup plan kalau kalau dentistry tak dapat so backup saya CHEMICAL ENGINEERING . menarekkan ?! SANGAT !

minta apa kat mama , ayah aunty semua? alah shazliyana tak perform so segan nak mintak apa apa . tak payah beri apa apa . nanti saya teranggap itu sebagai tanda penghinaan pulak . ya lah . tak sraight tapi dapat macam macam . dah dapat kereta ni pon cukup lah . tak perlu apa apa lagi . TERIMAKASIH SEMUA.

sekarang dah dekat 3JAM ISI BORANG APPLICATION SHOLARSHIP ni. mak oii panjang nye lah borang ni.okay sambung esok isi . siap soh buat karangan segala bagai . ni kalau saya dah buat karangan segala kalau tak terima saya , MEMANGLAH BERGURAU !!! = =' tak guna A+ bahasa Inggeris , otak karat dah tak boleh tulis = ='

tajuk essay dorang nak tuh?  'one best accomplishment you are proud of ' alahai . tajuk dah macam nak berpolitik . okay sekarang saya nak gebang apa ni? best accomplishment?! mana nak cekau idea doe. dulu time sekolah pon saya tak macam sedang bersekolah ! ni lagi dah tak sekolah . memang mampus la weyh . OTAK KARAT OTAK KARAT ! lidah? kalau dah otak KARAT lidah saya korang imagine jek la , cakap BAHASA MELAYU pon berterabur ni imagine BAHASA LAIN!

SAKAI. tengah pikir mana nak cekau idea gebang bila dorng baca terus tak sabar sabar nak amek saya dan bagi scholarship itu . HAHA. doa kan lah saya straight . yup , betul . kalau yang lain sudah putus harapan , saya MASEH BELUM . SAYA YAKIN ADDMATH SAYA OKAY .

p/s: penat berlakon seperti saya tidak kecewa . ALLAH sahaja tahu berkecamuk macam apa hati saya dented into unrecognized shape kot hati nih . kawan-kawan , at least kan , part of my doa tuh ALLAH makbulkan . buktinya? korang semua berjaya lebih hebat dari aku :) TAHNIAHH! sungguh aku bangga !


LOVE,
SHAZLISALETTO

Monday, 19 March 2012

SOMEONE LIKE YOU .

    assalamualaikum . lama jugalah tak update blog ini . busy kene CLOSING seminggu . balik tak sempat online , tidur then sedar sedar sudah pagi , harus bekerja semula .

sekarang ni setiap kali naik kereta for sure la lagu adele-someone like you tengah on air. nostalgia betul lah lagu ini . dulu dulu kala bila tension belajar i would leave all my chores and went to the main hall regardless when the time was . ye lah duduk dalam asrama , terkurung . nak fly ? malas lah nak buat hal . cukup cukup lah masalah . HAHA . once , i went to the main hall alone at 10pm just to get this whole BURDEN OUT FROM ME . setiap kali jari ini sentuh keyboard piano - rasa tenang lega . biarlah walau cuma ada saya sendirian . itu lebih baik .

kenapa dengan lagu ADELE-SOMEONE LIKE YOU  tuh ? dia ajak saya pergi main hall satu petang time riadah ni . dia suruh saya ajar dia main piano . saya macam ??? . saya nak ajar orang ? c'mone lah bergurau ke apa . saya main suka suka je. saya paksa dia tunjuk skill dia . WAHHH HEBAT ! AWAK LAGI HEBAT RUPANYA . AZYAN SYAHIRA AZMI , kenapalah pura pura seperti saya yang tahu semua . petang tu merupakan last day we were together -as in school for that year .

jari jemari dia yang halus mula lah menari nari mencari key dan notes yang sesuai . lagu ini untuk shazliyana . simply , SOMEONE LIKE YOU . dia suruh saya menyanyi (HOBI tuh . apalagi nyanyi je lah ^^) selalunya saya main lagu IT ENDS TONIGHT-all american rejects & IF I DIE YOUNG-the band perry punya lagu . nyanyi la jugak (of coz lah , kate HOBI ) tapi bila ada membe lelaki , tak de lah saya nyanyi , simply ,SUARA AURAT.

USTAZ RIFQI , pernah cakap . andai salah seorang kami ini jual suara jadi penyanyi maka beliau HARAMKAN segala ilmu yang pernah dia ajar . TERSENTAK juga saya ketika itu . sedangkan saya planning nak cuba cuba jadi keyboardist . Erene -lead singer ,suara sedap ^^ Joshua-lead guitar kami .Shaz-2nd voice. maka terbubarlah segala impian kami nak buat band ala ala PARAMORE .

azyan syahira azmi ni pulak GILA kan paramore . memandangkan paramore punye lagu semua pakai tech sume kan so bila pakai piano . HARU la weyh . dah macam apa dah .

azyan syahira azmi @ STAN-ZA (ni nama registered dia kat SAMURA.eh saya pon ada tau . saya LISA LETTO ) kata 'saya takkan lupa akak , nanti saya dah berjaya sume dreams saya . saya carik akak , saya tak lupa', cara cakap dia tuh as if we're not gonna see each other anymore . she was right . we didnt .

right now , i badly want to be at that moment again where you were there . we were having so much fun . kita berdua tapi seronok macam ramai ramai .cuma shaz , stanza , piano lama tuh . key piano tuh walau sumbang macam mana pun (maklumlah since tahun 84' piano tuh dah wujud kat SAMURA ) bunyik tuh lah yang paling saya rindukan . yup masih ingat , key E yg masalah .

kalau ditakdirkan awak lupa saya . saya tak kesah . yang penting tolong Ya ALLAH , jangan biar saya lupa dia . jangan . saya mohon DIA tolong saya ketika susah kat sekolah dulu . semua orang terlalu busy dengan study . alhamdulillah , DIA beri saya stanza. sungguh saya sayangkan stanza . sungguh .kalian semua takkan faham apa yang saya rasa .
p/s: stanza , tak susah lah rupanya a thousand year kristina perry tuh . = =' okay ability bace score sheet dah macam apa . tak guna betul . ni semua gara gara setiap hari baca menu .

LOVE,
SHAZLISALETTO

Friday, 16 March 2012

terlalu banyak KISAHKAN DUNIA. saya LUPA AKHIRAT.

hari ni macam tersentak . terkejut terkedu . ini semua berlaku bukan kerana ada musibah yang menimpa saya. cuma tiba tiba fikiran ini muncul entah from no where . dunia HEBAT . semua mengejar , mahu berjaya dalam hidup kata manusia.

setiap kali lagu baru yang rentak nye boleh layan jiwa jiwang tahap gaban . SENANG gila saya hafal . tibba tiba ada yang menyoal . 'Quran 30 Juzu' dah ada dalam dada?' saya tersentak . TERKEJUT . bukan kerana ketakutan dari pertanyaan itu . HATI sebenarnya yang bertanya soalan itu . GILA .

saya MULA MENYOAL DIRI .


BUKAN DULUNYA , kau di ajar menghafal kitab suci Quran? sekarang apa jadi ? tinggal berapa juzu' dalam hati ? dah berapa juzu' yang HILANG ?

HILANG ?! lupa kan surah yang di hafal itu berdosa . ASTAGHFIRULLAH . sudah terlalu banyak dosa .
dunia ini tidak lebih hanya sebesar sayap nyamuk . jadi KENAPA HARUS LUPA AKHIRAT KERANA DUNIA ?

saya juga lupa kerana apa semua ini berlaku ? sekarang ini harus mencari JALAN PULANG . hati buta sebab tak amalkan ajaran Quran . hati buta kerana tahu wujud syurga tapi tak berusaha memenanginya.hati buta kerana tahu syaitan tu musuh ketat tapi tak berusaha melawan laknatullah itu.

semalam berbual dengan kawan lama.itupun kami terserempak secara tidak sengaja. i was asking bout my other friend . i havent seen her in many many years . Nuha kata ,'eh dia kan masuk tahfiz lepas SPM.dia nak hafal Quran. nak jadi tahfiz . ' HEBAT ! shazliyana? hilang dalam kesenangan dunia. sungguh saya  benar benar kecewa dengan diri ini . lihat dia di mana . lihat sahaja saya di mana . padahal we both were taught by the same ustaz ustazah . saya masih belum berani untuk bertudung labuh .padahal tudung itu lah yang akan menjaga saya dari segala fitnah dunia.

sungguh saya kecewa dengan diri sendiri .