Thursday, 6 September 2012

JANGAN ULANG LAGI !

OKAY , malam semalam tak tahu kenapa , si Faizi ni ajak skype . ok jom ah :) tapi bukan kami berdua je, ada lagi adek beradek SMA yang lain . ada Ammel dengan ZueraHELLOKITTY haha .



benda kami borak merepek jek ah . macam tak jumpa pulak . padahal hari hari jumpa :)

CONVERSATION TUH DARIPADA PUKUL 12MALAM SAMPAI 4 PAGI .

esoknya saya bangun lambat . just nice lah ada presentation PHY094 ! DAH LAH DEKAT FF4 kot . gila saya berlari secepat mungkin . presentation pada 8.30 pagi . Shazliyana masih di kolej pada 8.20 pagi maka selamat sampai kat Lab 2 pad 8.40 pagi ==' naseb Miss Puteri Safura tolerate tunggu sampai saya sampai :)

dah siap presentation Miss kata , group yang presented Hooke's Law get 2 BONUS MARKS !!! i was like seriously dapat bonus ? dah lama masa tanya questions kami haraaammm tak boleh jawab dengan i was very late dengan pin tudung terbukak depan semua dengan ... (bnyak lagi perkara memalukan) . yang penting korang AWESOME ah CLASSMATES ! GROUP PRESENTATION ------->Nadia Dila Syera , Farhanah dan Eizyan serta Ami .

tadi teman Faizi dengan Ammel bukak puasa ^^ ZUERAHELLOKITTY pun ada :)  tanya Ammel , ''kau tidur kol berapa semalam ? '' . zeuraHELLOKITTY kata ''Ammel tidur kol 6 pagi kot !'' GILA ! lepas tuh Ammel dengan Faizi pergi la solat Maghrib . ya ampun , Faizi solat sunat bagai agaknya - LAMA GILA ! mengalahkan Ammel yang bertudung uh .

DAN saya masih sakit .

Wednesday, 5 September 2012

Sekeretariat Mahasiswa Asasi (SMA 02) Puncak Alam

kami ^^ SMA 02
maka arakian ini semua terjadi pada sem 1 asasi 2012 .

okay , tahu tak tergerak nak masuk SMA ni masa 1batch kene kumpul dekat RSU(ruangsolatutama). memula dia kata ''siapa nak masuk Sekretariat Mahasiswa Asasi sila ambil borang pada abang yang berdiri di tepi sana tu '', kata pengacara majlis. MEMANG first first dengar buat hirau tak hirau je lah . buat dont know jek . yelah , dah lah kumpul reramai , tak paham pulak sbb apa kene kumpul kumpul ni kan . HAHA

tiba tiba je detik bahagia muncul bila pengacara majlis sebut nama group yang dibenarkan keluar majlis kumpul kumpul ni ^^ ''B1'',maseh segar kedengaran suara MC tu *bohong bohong . haha
sedang nak keluar tuh , barisan group saya bebetul sebelah abang tuh , saya pun hulur tangan ambil borang. NIAT DI HATI CUMA NAK TAHU APA LAH SMA tuh ... samapi bilik R2204 baca *ternganga . LAH NI BORANG PENDAFTARAN MASOKKK SMA RUPANYA ! .

MAKA BORANG BIRU yang perlu di isi oleh calon yang berminat terbengkalai di atas meja . weyh siap google kot nak tahu pasal SMA bagai ni. habes je kelas , maka panjat lah tangga 'kejayaan' itu pulang ke kolej . sampai je atas . bukak tudung baru ni - mesej masuk ''terimakasih kerana menghantar borang temuduga,sila ke bilik mpp tingkat 4 di PSB.temuduga akan dijalankan pada pkul 4 hingga 6 petang''

masa tu silap ingat tarikh,so ignore je msg, ingatkan temuduga tu esok.roomate balik je,saya pun cerita pasal msg tuh.pastu dia bebel ''ABESTU KAU DAH PERGI INTERVIEW BELUM NI ?'' dengan BANGGA saya menjawab, ''lah kan besok .. esok je lah aku pergi''. ''WEYH KAU BACA BALIK MSG NI , TGK TARIKH DIA ! HARI NI WEY HARI NI ! ''. dan ketika saya sedar , waktu menunjukkan pkol 5.30 = ='

memang BERLARI lah turun tangga ! *okay yg ni tak tipu .

masuk je bilik gerakan MPP , kene interview . ade 3 orang abang dengan seorang kakak . AMBOI SERONOK BETUL MEREKA TANYA SOALAN . belum habes jawab yang lain pulak tanya . HAHA. bayangkan dah macam makhamah doe . ketika itu berkumandang suara hati ''HELL, KAU BUAT APA KAT SINI SHAZ ?! ADUH ADUH !'' hahaha *serius doe, rasa bengang pun ada . marah la banyak dipendam ketika itu .HAHA. bila pikir balik sekarang , rasa kelakar pun ada .

reaction masa dalam sesi interview tuh asyek benar kene hentaman yanng ''SERONOK'' .HAHA.antara soalan yang ditanya :

1. kenapa nak masuk SMA ?
2.kalau dapat SMA nak jawatan apa?
3.kenapa tak nak jadi president ?
4.kalau ada urusan SMA , sanggup ke tinggalkan kelas?
5.beri kata kata akhir yang meyakinkan kami untuk menerima anda.

JAWAPAN SHAZLIYANA:
1.nak cuba , nak tahu SMA tu apa. nak softskills .
2.selalu masa sekolah orang beri jawatan naib pengerusi, timbalan. tapi saya nak BENDAHARI/SETIAUSAHA.
3.saya tak boleh buat keputusan tanpa perbincangan, lelaki lebih sesuai.
4.tak , saya akan stay dalam kelas. PELAJARAN LEBIH UTAMA.
5.okay , ni saya merepek jek . tak tahu nak kata apa dah , cuma saya beri prinsip saya . ''SUSAH MACAM MANA PUN , MESTI ADA JALAN PENYELESAIAN''

selesai semua . election pun dibuat masa 1ST MEETING SMA . election untuk Majlis Tertinggi SMA .
Kak Musaadah (MPP) suruh tulis nama dan 2jawatan yang diingini dalam kertas. saya tulis lah Bendahari dengan Timbalan President II . ala ala pilihan raya kecil berlaku dalam bilik gerakan MPP . maka semua calon pun berkata kata*lupa lah ayat yang sama maksud dgn berucap atau berkata masa pemilihan = ='

''don't tell me the sky's the limit when there's already footprints on the moon ''- hujah saya ketika pemilihan .

dah habes undian kiraan bagai , diumumkanlah keputusan.


PRESIDENT : MUHAMMAD RAFIQ
TIMBALAN PRESIDENT I : ADIB ZIKRI
TIMBALAN PRESIDENT II : SHAZLIYANA
SETIAUSAHA : NORSUHAILA
BENDAHARI : JULAINA

ahli ahli SMA lain di masukkan ke dalam BIRO masing-masing mengikut cara kepimpinan dan peribadi mereka.SEMUA AHLI SANGAT BERHARGA ^^ ini carta organisasi KAMI .
  *HENSEM HENSEM LAWA LAWA BELAKA ^^


SMA O2



Sunday, 8 July 2012

Sekretariat Mahasiswa Asasi (SMA) 2012/2013

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah akhirnya semua proses pencalonan dan penamaan Majlis Tertinggi Sekretariat Mahasiswa Asasi 2012/2013 telah selesai dilakukan dengan perbincangan semua ahli SMA . SMA ditubuhkan adalah untuk menjaga dan melindungi hak mahasiswa . juga bertindak sebagai sebuah organisasi yang membawa suara mahasiswa kepada pihak yang lebih tinggi . sebarang permasalahan yang dihadapi mahasiswa boleh lah dibincangkan bersama SMA untuk sama sama mencari jalan penyelesaian kerana sungguh sukar bagaimana sekalipun permasalahan yang timbul ,  pasti ada jalan keluarnya .

Majlis Tertinggi Sekretariat Mahasiswa Asasi 2012/2013
President : Rafique
Timbalan Presiden 1 : Adib Zikri 
Timbalan President 2: Shazliyana Suzali
Setiausaha 1 : Suhaila
Setiausaha 2: Nur Islam
Bendahari : Julaina 

SMA terdiri daripada 32orang . Insyallah saya akan update nama penuh setiap exco yang akan di pilih nanti bertujuan untuk memudahkan mahasiswa menyalurkan suara dan pendapat . Terima Kasih

Thursday, 5 July 2012

Tangga Puaka Dewan Kuliah K1

HAAAAHH ~ (hembus nafas lega) baru selesai kuliah BEL 260 (intermediate English) yang sangat membosankan = =' bukan nak berlagak hebat terer english ke apa ke tapi kalau dah 2 jam STRAIGHT belajar GRAMMAR-boleh bayanglah kan perasaan itu ?orang lain kelas english tempat have fun gelak ketawa bergurau senda memang heaven gila lah . situasi kelas saya berlawanan dengan segala ciri ciri heaven di atas .


so semalam last kelas ialah BIO091 (Biology) dekat K1 . yup , entri pun dah kata puaka kan ? memang kerap kali kelas biology saya akan duduk terpaling belakang sekali so nanti nampak view seronok :) memang tak tahu kenapa biology kali ini saya fight die hard punye lah just to stay awake . habisnya ZZzzzz sepanjang kelas . sedar sedar lecture sudah TAMAT . terus bangun kemas pack barang semua and turun tangga nak keluar dewan lah . belum apa apa , saya yang pada mulanya di puncak DK 1 meluru ke tangga paling bawah dengan speed yang sangat mengagumkan . wishing that i didnt scream all the way down ! dah tak memasal jadi centre of attraction. beg pula tercampak melambung ke seat paling bawah . semua pelik tengok beg terbang tidak bertuan .



YANG PENTING , MEMANG SAKIT OIIII :')

Friday, 29 June 2012

AKHIRNYA ! USAHA TANGGA KEJAYAAN . ADDMATH re-check SPM berjaya :)


hari ini seronok gila sebab result recheck SPM sudah menonjolkan diri . tapi sejak sejak dah stay Asasi Sains Puncak Alam ni , saya dah tak kesah sangat pasal SPM . cool doe PUNCAK ALAM !!!

so tadi mama tercinta called me saying '' tadi surat KPM sampai '' -apalagi excited la eden pon . konon konon dah tak kesah pasal result .

so sibuk lah saya mention mention SEMUA orang yang janji nak bagi hadiah bia saya STRAIGHT nanti dekat TWITTER.

cerita ni tak penting . yang penting ialah the moral behind this event is TO NOT GIVE UP HOPE . kalau saya berhenti jek putus harapan tak nak cuba? mesti takkan berubah keputusan ini .


SO DALAM HIDUP INI . PUTUS ASA ITU TIADA DALAM KEHIDUPAN . biar orang kata kita degil biar orang kata kita kepala batu - mereka tak tahu perasaan kita and all the ways we've been through without em . so sekarang , addmath calculus dan sewaktu dengan nya , adinda ini mencintai kekanda :)


LOVE,
SHAZIYANA NANA LISA

Monday, 25 June 2012

Demam Mengada . Doktor Ganteng .

 sebelum tunggu isyak ni so online sekejap untuk update blog . dah lama gila tak demam sekali bila demam rasa EXCITED pulak :')


ah nak cerita tu jek . weyh seronok weyh demam . COOL GILA :')

pergi pusat kesihatan lepas tuh berborak dengan doktor , naseb doktor nye ganteng . makin saya buat buat sakit biar lama sikit kena check . HAHA .

 -saja bazir masa pergi pusat kesihatan UiTM Puncak Alam sebab malas buat assignment bergunung ganang tinggi dengan harapan bila pulang nanti gunung ganang tuh jadi landai .


LOVE,
SHAZLIYANA

A Sehinga D . semuanya memainkan peranan .

24/6

''kau ni dalam lecture dah macam orang lain. kadang kadang kau tengok lecturer . kadang kadang buat hal sendiri . kadang kadang kau tulis tulis . ''- Hani .

''kau lainlah kat sini shaz . banyak diam . balik rumah , balik bilik baru bising bising . lain tak macam kat SAMURA dulu .'' - eizyan

''tak berani kacau kau study . serius gila '' - noor aishah .

p/s : perubahan itu perlu , apa korang ingat aku tak penat cakap banyak banyak ?! HAHA



<----- tinggikan menara buku sebelah ini ? :')
ini untuk 2 semester . 1 semester 14 minggu :')

today isn't like any other days . we had fun . selama ini semua orang stress sebab lecturer ajar selaju peluru . semua dekat sini orangnya pandai pandai and yes , i do feel ISOLATED . tapi tak pe, saya belum ready untuk putus asa lagi . kalu tak faham , nanti saya tanya housemates yang hebat hebat ni . Aishah pun pandai GILAso secara logiknya saya terpaksa struggle lebih sikit daripada orang lain . i know my limits . for time being, saya sedang bertungkus lumus dengan MAT093 . lambat sikit 'grab' kalau calculation ni tapi calculation dalam PHYSICS , CHMISTRY no hal boleh buat . pffttt pelik = ='


mama pun ada cakap '' alahai , math tuh senang jek la . calculus je kan .physics tuh lagi complicated . dont worry math tu SENANG' -----> IM ON MY WAY BELIVING HER WORDS . :)

MARI SINI NAK CERITA PERIHAL HOUSEMATES RUMAH R2204 - UITM PUNCAK ALAM .


R2204 2012/2013

BILIK A


hani dengan syakira yang stay bilik ni . hani ini cute orangnya . sifu chemist dan math dalam rumah kami .gila sangat suka nasi goreng daging merah . dah almost 3 minggu straight kot dia makan nasi goreng daging merah !!! haha <3 HANI . syakira cuma tahu gelak je bila tengok gelagat kami . dia ni rarely speaks la senang cerita . tapi syakira nice doe ! NICE :)

BILIK B


eizyan dengan ruky roomates . eizyan ni member lama SAMURA so no hal la memang dah kamceng gituh . dulu masa sekolah sekolah , selalu belajar dengan eizyan dekat tepi kolam sebab tepi kolam laluan athlete balik padang :* HAHA . last last belajar sikit jek , masa lain habes buat cuci mata . eizyan ada angelic face , tapi kesian la yang tertipu tuh - sama je perangai dia dengan shazliyana . RUKY HOT ! dia lawa ( ok jeles . = = ' ) ala ala perempuan melayu terakhir la si ruky ni . 

BILIK C


bilik ni serius PELIK GILA . moon dengan farah . moon budak paser gudang , farah penang mari . dua dua lahir sama date 20/4 . dua dua pelik sangat ( undebateable) . farah ini woot woot LAWA , freaky , sporting . <3 u ! aiipp , moon pula drama queen dalam rumah ni . memacam drama la dia bawak balik setiap hari . kalau moon takde , farah meroyan . kalau farah takde , moon LEPAK LEPAK . haha

BILIK D 
 selamat datang ke bilik shazliyana dan noor aishah ! 

ALHAMDULILLAH ! jadi jugak kami roomates setelah melalui dugaan bagai ~ Aishah susah bangun tidur . itu fakta . padahal kelas dia start pepagi lepas subuh. so saya jadi alarm clock dia memekak setiap pagi '' AISHAH ! BANGUN BANGUN MANDI ! KELAS '' dan berterusan bebelan itu selama 15 minit = = ' barang saya barang aishah , barang aishah barang saya . selalunya barang aishah tuh barang saya . HAHA

DALAM RUMAH INI , memang semua sempoi tapi perlu ada yang tegas to keep things in order .

yang garang sikit antara kami tu nama dia SHAZLIYANA :) 
xde la garang sangat . tegas tegas ayam gituh . bergurau itu hobi shazliyana cuma bila ada komitmen , saya akan jadi serius .


kita baru kenal tapi Alhamdulillah ngam macam apa  la seyh !! rmah lain sibuk dengan gaduh sana gaduh sini , segan megan antara each others . R2204 ? LEPAK LEPAK LAH KAN :)

4.00 BERSAMA 

LOVE,
NANA LISA