Thursday, 17 May 2012

ADEGAN KEK HANGUS 18GX



 okay , nak sambut birthday si manager tua . cadangan pada mulanya nak beli saja kek tapi baki imeten kurang menarik pulak jumlah nya . so kami bertiga ni masing masing beli barang nak buat kek . basically , kire kek HOMEMADE lah .

okay . melampau lah kalau buat sendiri tuh . SAYA BELI MIXTURE KEK YANG DAH SIAP JE PUN . kek marble tambah kan aje telur dengan air . ")

masa buat kek tuh ya ampun kecoh macam rewang kenduri orang kahwin . wardah tak tahu apa kena penyakit dia dari mula saya letak tepung sampai kek tu selamat dikebumikan dalam ketuhar , dia gelak gelak je .

dah siap ini berkobar kobar lah tangkap gambar hasil adunan kek kami tuh . okay kira dah boleh berlagak jadi chef pastri lah semua ni . sekali lepas sejam dalam tempat api tuh.


TADDDDAAAA !  :'(

SEDIH KAN ? RETAK MACAM MUKA SAYA , AISHAH DAN WARDAH .


ah sedap tak sedap belakang cerita . kami bungkus bungkus lepas tu hantar dekat sir raja tuh .

ingatkan dia nak terharu ke nangis ke depan saya . dia boleh gelak macam kuntilanak = ='

siap cakap ''HITAM !'' eh kek tuh COKLAT okay .

ini pengakhiran angan angan nak bukak bakery shop . titik noktah .


LOVE
SHAZLIYANA

Sunday, 13 May 2012

MATA KUNCI JIWA .

 ''apabila mata bertentang . jiwa tidak tenang . mahu sahaja diluahkan segala . tapi ini bukan perkara penting saat ini. simpan rasa ini sampai bila bila kerana sungguh hati ini menunggu ''


*menyentuh jiwa tahap dewa kan ayat kat atas ni ? wuiiisssshhh lembut sungguh lah hati orang yang tulis ni . cuma masalah nya , mana lah dia pergi belajar cara cara lembutkan hati segala . bagi seorang wanita , air mata itu aset . ah saya tak tahu mana saya hilang aset saya tuh = =' memang saya jarang nangis untuk manusia . selalunya saya benci manusia yang buat saya nangis sebab dia berjaya sakitkan saya either mentally or emotionally *ibu bapa terkecuali sayang mereka sampai jannah .

kalau saya tengok kawan kawan perempuan menangis sebab kesusahan atau tension , saya rasa dia pathetic sangat . kalau dia menangis . apa semua perkara yang susah itu boleh settle ? confirm la tak . kan ?! okay mungkin kasar . tapi sungguh , kalau menangis then you at least try finding a way of settling your problems , that's fine with me . yang menangis macam meratap ratap tension segala bagai ni siap putus asa putus harapan yang saya rasa macam nak hempuk .siapa kita nak putus harapan , nak putus asa? Nabi Nuh tuh BERDAKWAH sampai 900 tahun lamanya . Ada Baginda putus asa?  TIPU KALAU SAYA TAK MENANGIS MASA BELAJAR . SIAP SAYA BALING LAGI BUKU SUBJEK YANG SAYA TAK FAHAM TUH . sungguh saya menyesal , ketika itu saya jahil . tapi girls , you need to find a way to just snap out of it . SERIOUSLY .

to girls out there (terutama korang girlfriends saya cintai gila ni ) tak kira lah futher studies mana sekali pun sama ada Form 6 , Matrikulasi or Asasi , kita kene double effort kita sebab things are gonna get lil' harder . dont worry just a 'lil harder than we used to endure .

ya mesti masing masing excited , betul ? Asasi Sains UiTM ini adalah platform saya untuk betulkan semua yang saya silap dulu . ini platform saya untuk berjaya .

saya dah nasihatkan diri sendiri supaya jangan terjerumus kepada semua perkara yang boleh lead me astray daripada goal dan aim saya .

soal cinta dan perasaan adalah perkara biasa bagi remaja yang baru nak kenal dunia ini (sama lah saya pun) . tapi ini lah yang akan hancurkan most of us , the teen . berkali kali saya bisikkan kata kata ini pada diri sendiri . 'jangan shazliyana . jangan''  

kali ini saya akan berusaha lebih keras focus kan jiwa dan minda untuk ilmu ALLAH . tentang jodoh ya girlfriends ,kita tak perlu risau . nanti tulang rusuk kita cari kita  ^^ biar mereka yang cari kita tau . if its the other way 'round -tak seronoklah ^^  . sudah ada orang yang pegang hati saya , tapi saya tak nak dia tahu . saya tak nak sesiapa tahu . biar rahsia saya ini dengan Tuhan Yang Satu .

cuma mungkin kalian tak faham apa yang saya tulis hari ini . nanti apabila tiba waktunya kalian akan rasa , alami sendiri . buat decision baik baik . ALLAH BERI DUGAAN SESUAI DENGAN KEMAMPUAN HAMBANYA . maka segala puji pujian hanya untuk ALLAH , Tuhan Yang Satu .


LOVE,
NANA LISA

Tuesday, 8 May 2012

KEKELIRUAN MINDA BERCELARU JADI HARU SUNGGUH AKU KELIRU.

 Alhamdulillah subhanAllah . sungguh janji Allah itu benar . ''Inaa Ka Anta Samiu'd Doa '' sama ertinya dengan ''Sesungguhnya Engkau Pendengar Doa'' .

saya berdoa mohon tolong tunjukkan saya jalan yang mudah untuk saya belajar agar nanti terbalas jasa parents saya . pencapaian parents saya semasa mereka belajar dulu sungguh lah hebat berbanding saya .

Mama - first degree dekat University Of Toledo, USA (full scholarship)
Ayah - first degree dekat University Of *alamak tak ingat nama University tuh lah tapi mama dengan ayah belajar tak jauh (tajaan MARA) lepas balik Malaysia mereka kahwin .

(ceyh parents pesan kat saya belajar bebetul tapi mereka bercinta time belajar. eh TAK ADIL NI ! HAHA )

so sekarang mohon maaflah dear parents coz im not as bright as you guys. believe me i had fought hard , yes i swear i did. you knew i did . SPM saya cuma melayakkan saya for local universities only. sungguh , Ya ALLAH . ini lebih dari cukup .

cuma sekarang saya tiba dekat persimpangan hidup . ada dua cabang . satu ,ASASI SAINS UiTM
dua, Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)

mama kata matriks , seorang lagi kata UiTM . adeh kalau boleh kerat badan jadi dua dah saya suruh sebelah pergi matriks sebelah pergi UiTM .(okay merepek lagi )

Mama: ingat aim kita dentistry . itu aim kita.

Ayah: apa apa pun boleh.

Saya (monolog dalam hati ) : sungguh dentist itu yang aku fight for selama ini . tapi maybe bukan aku ni maybe nanti lah . aku nampak peluang cerah dekat chemical engineering ni . sungguh . just greate, sekarang aku ada 2 reasons untuk aku fight habis study ni . dentist . chemical engineer .

pada pandangan saya , dekat matriks nanti saingan saya tidak begitu sengit sebab bukan semua orang straight A's . 2A pun dah boleh masuk matriks . saya akan belajar dalam susana yang relax sempoi saja .

asasi pula, cuma 8A ke atas yang dapat . kawan saya perempuan , dia dapat 7A .dia tak dapat langsung Universiti mana mana . yang lelaki bernasib baik dapat . uissssshhhhh !!! orang sekarang mak oii pandai pandai . ASASI AKAN MENDERA JIWA RAGA saya . semua dekat asasi otak macam apa la eweyh just kalau nak compare dengan saya . SUNGGUH SAYA GENTAR DENGAN SAINGAN YANG I HAVE  TO FACE nanti . TAPI , sampai bila saya harus berfikiran macam ini ? sapai BILA HARUS TAKUT ?

saya doa minta tolong ALLAH Tuhan Yang Satu ,
bantuan ALLAH itu kadang kala datang pada gerak hati manusia itu sendiri .


maka dengan lafaz ''Bismillahirahmannirrahim''


saya pilih UiTM .





LOVE,
SHAZLIYANA

Friday, 4 May 2012

TAUGEH TERBARING TAUGEH TERBALIK

 alah .  susah macam ini . susah ! tengok ni . siapa boleh tolong bacakan ? translate kan ? ini serius ni . saya memang tak ingat . bukanlah lupa semua . tapi tak complete lah macam ini .saya berharap dan dalam proses translate kan semua notes yang rupa macam taugeh ni kepada huruf yang lebih mudah di baca seperti A B C D E F G .

sekarang score sheet ni memang betul betul macam ***t haha. alahai . ah ni korang tengok lah rupa taugeh taugeh atas baris baris ni .



lepas habis SPM saya tinggal semua ini . terus BLANK! eh apa lah .sekarang struggle balik cari semua meaning taugeh taugeh ini , pfffttt ! untunglah menganggur sekarang so ada banyak masa .


LOVE,
NANALISA

Friday, 27 April 2012

DALAM LATIHAN PRAKTIKAL MENJADI GADES MELAYU TERAKHIR

okay berazam untuk menjadi seorang gadis yang lemah lembut FOR REAL kali ini. tawaran sambung belajar sudah dapat ,alhamdulillah walau tidak se-GRAND orang lain tapi ini platform saya untuk reach for more .ye platform ni kecik tak dipandang orang tapi jangan lupa semua benda yang famous hari ini was build from nothing .

ye program SAINS naseb bukan program MATH ke apa ke . tapi serius lah dalam program sains ni ada math.UNTUNGLAH ~ = ='

maka saya dan sahabat baik hidup mati ini akan melanjutkan pelajaran bersama. sedang berdoa agar kami menjadi roomates.NICE lah kan? dekat tempat baru ni nak belajar tak perlu pakai baju sekolah . SUKA SUKA! reasons? simply malas nak gosok . serious tak ada perempuan macam saya. pernah saya gosok baju sekolah je kain tak gosok sebab malas . HAHA. eh duduk asrama rushing kot ! logik lah kain tak gosok.dear future husband,dont woryy i gosok baju u hari hari ^^

ah here's come all the ermm let's say DRAMA.

hari hari shazliyana nak pergi kelas pakai baju kurung . ok tak tahulah sampai bila azam ni nak berjaya tapi ni short term aim saya bulan ni lah . long- term aim? sudah tentu lah degree di universiti terkemuka dunia? ayat gebang? DUNIA TAK LAH BESAR MANA pun. besar lagi red dwarft(kalau belajar astronomi ,its a star,a red GIANT star)

memang shazliyana nak fight abes abesan lah kat KMJ nanti . semua salah saya buat kat asrama dulu saya tak nak buat dekat KMJ sebab SEMUA ITU DROVE ME OFF COURSE from my goals.  SESAT jadinya.perkara homesick tuh tak menjadi masalah rasanya sebab 2 tahun SAMURA kalau homesick lagi mengada lah tu.

sekarang tunggu konvo kat UTM nak shopping baju kurung , aw aw AYU nyerrrr ~

LOVE,
SHAZLIYANA 

Monday, 9 April 2012

OTAK BERKARAT . DIRI SERUPA BIAWAK . FAMOUS MACAM BINTANG

 okay sekarang ni tengah fikir ayat tau nak taip kat resign letter ni. al maklum lah dah dapat tawaran segala cuma tawaran yang saya dapat tak sesuai dengan jiwa raga saya . UTM offer diploma perakaunan . okay . account BANYAK number yang terlibat . bila BANYAK numbers yang terlibat otak saya bersepai seperti tembikai yang kene gunshot guna AK-47 pastu kita review slow motion dia . ah macam tuh lah lebih kurang . HAHA.

so sekarang ni ceritanya nak berhenti ah . okay . offer masuk bulan 6 tapi takkan nak kerja sampai abes kot mestilah nak juga rasa jadi penganggur kan? so mahu jadi penganggur selama sebulan : itu pun saya akan mendaftar pada bulan 6 . apa jadi dengan MEI saya? oh HAVE FUN LAH !!!

kali ini confirm . saya takkan tarik balik notis perletakan jawatan saya :) sedih ? eh kenapa harus begitu. life's go on whether you like it or not . ya mungkin berakhir semua segala hubungan dengan rakan sekerja tapi inikan salah satu proses kehidupan .

okay MEI ini HIDUP saya akan menjadi begitu SIBUK dengan SEGALA planning yang nice semuanya . mula mula travel tanpa parental guide (COOL an?!) ke Batu Pahat (BP) round round melepak sana sini jejak Kuala Lumpur (KL) selepas seminggu kembali ke Johor Bharu (JB) terchenta . maka bulan MEI ini BBQ sekali lagi ya semua !! okay serious kali ni saya TAK MAHU jadi BAHAN kalian lagi . yup, walau rase famous sekejap tapi errr, penat doe . HAHA . siap beratur nak tangkap gamba segala . sudahlah ,jangan buat saya rasa TERlalu diminati .


ingat simpan duit gaji yang tidak seberapa ini untuk beli keyboard . KEYBOARD lama ROSAK sudah tidak layak dipandang langsung . tapi alahai keyboard sekarang makkk oooiii MAHAL DOE ! kenapa tak mintak parents jek belikan ?! alah kan result SPM MACAM SAKAI so MALU lah NAK MINTA APA APA REWARDS DARIPADA MEREKA = = ' sudah menjadi kebiasaan apabila marah sedih atau gelisah , saya lepaskan dengan bermain piano di sekolah dulu . dah 2 tahun berterusan begitu menghadapi hostel life . dekat rumah mana ada PIANO . keyboard pon rosak . so sekarang nak tahan marah saya buat bunyik 'iissshhkkkk iiissskkkkkhhhhh' HAHAHAH dah macam biawak pon ada doe .

ah sudah sudah . nak type resign letter dah kejadah apa saya UPDATE BLOG pulak nih ! = ='


LOVE,
SHAZLIYANA

Saturday, 7 April 2012

AMALIN KEKASEH HATI .

 okay . hari ini STRESS doe . masalah nya an errrr sucks gila new kid at my workplace . what do you expect shazliyana? she's new .

lepas tuh time buat order ade call masuk .. so i just picked up la . it was from AMALIN .
''shaz,you kat mana?''
i said, ''i tengah buat order  you kat mana?''
''i dekat depan''
shazliyana menjerit jerit lalu berlari keluar ke depan .

there she was . pretty as she will always be . standing smiling towards me .
''OH MY GOD OH MY GOD!!SUBHANALLAH!'' was what i could say .

''malin,you datang sini jauh jauh dari batu pahat buat apa?!''
''i datang nak jumpa you lah !''
''you serious?!you gila ke apa?where's your parents?''
''ah ni mama i .''
''Ya ALLAH , aunty. hi! okay nanti i call dulu . ala i kerja pun tak lama dah ni , i dah nak berhenti pon . nanti lepas berhenti ,i datang lah :) i nak stay umah kat BP(batupahat) tuh lama lama . 2 hari jek .bole?''
''boleh la !! nanti datang tau . ''
''ah sure aunty , nanti shaz datang tapi lepas berhenti lah . bulan ni last :)''

maka inilah dia sahabat homesick saya di SAMURA,dengan cikgu kami selalu appeared as gadis lemah lembut .depan rakan rakan berlagak otai .padahal dua dua asyik nangis nangis nak keluar sekolah .


dearest amalin,
untunglah kita batalkan 'niat' kita yang suci murni itu .
kalau kita keluar SAMURA,kita takkan jadi begini-bahagia macam sekarang.ingat lagi kisah kisah nakal kita buat . memang tak mature langsung kan?!serious you buat i senyum hari ni,orang ingat i senyum sensorang sebab 'the special someone made my day' padahal it was you all along . you cantik and will always be sayang .JAUH JAUH YOU PAKSA PARENTS YOU DATANG SEBAB I?! YOU GILA !! JANGAN BUAT MACAM NI LAGIK !   

mood:terharu

p/s: kalau ada lelaki buat macam ini . i terus kawin dengan dia ,malin :)

LOVE,
SHAZLISALETTO